RM10 Juta Bantuan Mangsa Banjir Di Johor Disalur Kepada NADMA - Ahmad Zahid

2 Mar 2023 • 8:53 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Ahmad Zahid beramah mesra dan menyampaikan kit bantuan kepada mangsa banjir di Pusat Pemindahan Sementara di SJK(C) New Kota, hari ini. - Gambar Bernama

KOTA TINGGI - Sebanyak RM10 juta bantuan mangsa banjir di Johor disalurkan kepada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA) bagi membeli barangan keperluan dan bantuan tambahan kepada penduduk terjejas banjir di negeri itu.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata peruntukan segera itu bagi memastikan semua kelengkapan di pusat pemindahan sementara (PPS) mencukupi, memandangkan angka penduduk terjejas terus meningkat.

“Saya dimaklumkan terdapat kekurangan selimut, bantal dan tilam. Ketua Pengarah NADMA sudah bagi tahu Pegawai Daerah agar pembelian dilakukan segera dan pembayaran kepada Jawatankuasa Pengurusan Bencana Daerah akan dilakukan segera sebagai tindakan pantas NADMA bagi menyelesaikan masalah kekurangan itu,” katanya.

Ahmad Zahid yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat berkata demikian kepada pemberita selepas melawat PPS Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) New Kota di sini hari ini.

Turut hadir Menteri Besar Datuk Onn Hafiz Ghazi. - Bernama