RM100 juta bina, baik pulih kemudahan pasar awam

18 Oct 2024 • 7:54 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 18 OKT: Pusat penjaja dan prasarana awam uzur di seluruh negara akan dibaik pulih dan dinaik taraf dengan peruntukan RM100 juta.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata keadaan warung, gerai dan pasar perlu dijamin tahap keselesaan serta keselamatannya.

“Justeru, tahun hadapan RM100 juta disedia bagi membina gerai dan membaik pulih prasarana pasar awam di semua PBT seluruh negara,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 hari ini.

Beliau menambah kerajaan turut menyediakan ruang niaga kepada penjaja kecil Tamu Desa Sabah dan Sarawak.

“Termasuk menaik taraf kemudahan perniagaan di bawah Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan Majlis Amanah Rakyat (Mara),” katanya.