RM107 juta bina jalan Lingkaran Pulau Indah, Pelabuhan Utara Klang

18 Oct 2024 • 5:56 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 18 OKT: Perdana menteri mengumumkan pembinaan dan menaik taraf jalan Lingkaran Pulau Indah dan Pelabuhan Utara Klang, Selangor.

Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata peruntukan sejumlah RM107 juta disediakan bagi memastikan projek tersebut berjalan lancar sekali gus memacu sektor logistik negara.

Beliau berkata demikian ketika membentangkan Belanjawan 2025 bertemakan ‘Membugar Ekonomi, Menjana Perubahan, Mensejahtera Rakyat’.