RM12,000 berjaya dikumpul untuk Palestin

29 Nov 2023 • 10:04 PM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

image is not available
Muhammad Nadir (dua dari kanan) bersama tiga rakannya dari Palestin yang berpakaian sedondon bergambar bersama pasangan pengantin pada majlis resepsi baru-baru ini.

SHAH ALAM - Sebanyak RM12,000 berjaya dikumpul ketika majlis resepsi adik kepada Muhammad Nadir Al-Nuri Kamaruzaman bagi membantu rakyat Palestin.

Perkara tersebut dikongsikan Ketua Pegawai Eksekutif Cinta Gaza Malaysia itu menerusi hantaran di laman Facebook pada Khamis.

"Semasa kenduri adik perempuan saya Hannan, pada 11 November lepas, kami juga membuka tabung sumbangan Palestin dan Alhamdulillah berjaya mengumpulkan lebih daripada RM12,000.

"Barulah betul hidup baharu dimulakan dengan barakah, perjuangan untuk ummah," katanya.

Selain itu beliau turut berkongsi mengenai sikap tiga rakan dari Palestin yang menyantuninya ketika majlis berkenaan.

"Alhamdulillah, walaupun kami tidak ada pertalian darah tetapi inilah kekuatan orang Palestin. Dalam kesedihan (dan) kepedihan, kami menguatkan satu sama lain.

"Ahli keluarga saya sendiri tak pakai sedondon, tapi kami berempat pakai baju yang sama," ujarnya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved