RM13.66 juta untuk pelihara warisan budaya dan seni tahun ini

4 Aug 2025 • 1:08 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Kerajaan Negeri memperuntukkan RM13.66 juta tahun ini bagi memastikan warisan budaya dan seni Sabah terus dipelihara, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Menurutnya, Kerajaan negeri akan terus mempergiatkan usaha bagi menambah baik pemeliharaan warisan budaya untuk terus memacu dan memperkasa industri pelancongan di negeri ini.

Beliau berkata demikian ketika merasmikan Festival Kebudayaan Antarabangsa Tawau (FKAT) edisi ke-10 yang berlangsung meriah di Dataran Majlis Perbandaran Tawau (MPT), pada Sabtu, malam.

window.googletag = window.googletag || {cmd: []};googletag.cmd.push(function() {googletag.defineSlot('/22826383987/dailyexpress_inline', [1, 1], 'gpt-passback').addService(googletag.pubads());googletag.enableServices();googletag.display('gpt-passback');});Ucapan beliau disampaikan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Negeri Datuk Dr Mohd Arifin Mohd Arif.

Acara ini diserikan dengan kehadiran Tuan Yang Terutama Tun Musa Aman yang berkenan menyempurnakan lafaz perasmian dan isteri, Toh Puan Faridah Tussin, sekaligus mengimbau sejarah penganjuran edisi 2014 lalu ketika Tun sebagai Ketua Menteri.

Dalam pada itu, Hajiji turut melahirkan keyakinan bahawa festival ini antara yang akan membawa impak besar terhadap sektor pelancongan dan ekonomi tempatan.

“Kemasukan pelancong domestik dan antarabangsa sempena festival ini bukan setakat untuk mengenali khazanah budaya kita tetapi turut memberi limpahan rezeki kepada semua yang terlibat secara tidak langsung.

“Ini termasuklah usahawan, pengusaha homestay, penggiat seni dan peniaga kecil, sekaligus menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi masyarakat setempat,”katanya lagi.

Menurutnya, festival ini juga satu medium untuk mendidik generasi muda tentang kepentingan menjaga dan menghargai khazanah budaya tinggalan nenek moyang yang tidak ternilai.

Beliau yakin pembinaan Pusat Kebudayaan Antarabangsa Tawau (TICC) yang dijadualkan siap pada Disember 2027 akan menjadi hab kebudayaan dan pentas utama pertembungan seni serta warisan pelbagai etnik apabila siap kelak.

Perkara itu, katanya, bakal melonjakkan Tawau sebagai pusat kebudayaan antarabangsa yang berdaya saing.

Beliau turut berkata, seiring dengan tema ‘Kepelbagaian Budaya: Pahlawan, Kraf Tangan dan Perkahwinan’, FKAT ke-10 adalah manifestasi keindahan dan keunikan masyarakat pelbagai kaum di Sabah.

Tambahnya, festival kali ini bukan sahaja menjadi ruang pameran budaya, tetapi juga medan interaksi antara komuniti daripada pelbagai latar belakang, termasuk peserta jemputan dari Kazakhstan, Indonesia dan Filipina.

“Ini sudah pasti dapat memperkukuh peranan Tawau sebagai bandar sempadan yang kaya dengan jaringan diplomasi budaya dan kerjasama serantau.

“Oleh itu, festival ini menjadi wadah untuk mengukuhkan perpaduan antara kaum, mempertingkatkan kesedaran tentang kepelbagaian budaya serta memupuk rasa hormat dan penghargaan terhadap warisan nenek moyang kita.