RM13.66 juta untuk Sekolah Adat Anak Negeri Sabah

LocalPolitics
11 Dec 2024 • 2:32 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Jinni Juanis

Kota Kinabalu: Berita baik untuk Sekolah Adat Anak Negeri Sabah (SAANS). Kerajaan negeri berjanji memperuntukkan sebanyak RM13.66 juta untuk membantu pengurusan dan penambah baikan sekolah-sekolah adat di negeri ini pada tahun hadapan.

Malah Kerajaan Persekutuan juga berikrar memberi bantuan kewangan kepada sekolah adat ini bermula tahun hadapan. Namun jumlahnya tidak didedahkan.

AdvertisementKetua Menteri Datuk Seri Panglima Hajiji Noor memberitahu berita baik ini di majlis makan malam amal pertama SAANS di Pusat Konvensyen Antarabangsa (SICC) pada Isnin.

“Peruntukan itu akan memastikan warisan budaya dan kesenian negeri ini terus kekal dan terpelihara melalui pembinaan sekolah adat, seterusnya memastikan khazanah budaya anak negeri dapat dinikmati generasi kini dan pada masa akan datang,” katanya.

SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more Teks ucapan beliau dibaca oleh Timbalan Ketua Menteri Datuk Seri Dr Jeffrey Kitingan di majlis makan malam amal yang dihadiri ratusan ketua-ketua adat, pengetua sekolah adat dan pelajar.

Pelancaran Tabung Pendidikan Adat Sekolah dan majlis menandatangani LOI Makmal Hidup Adat Anak Negeri di antara SAANS dan UMS juga diadakan dan disaksikan oleh Setiausaha Politik Datuk Azman Abidin yang mewakili Perdana Menteri Datuk Anwar Ibrahim.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Untuk rekod, sehingga kini ada tujuh sekolah adat yang dibina oleh Pertubuhan Masyarakat Adat Anak Negeri Sabah Sunduan Nabalu (MAANS-Sunduan Nabalu) di Tuaran, Kiulu, Telipok, Nabawan, Tongod dan Kota Belud.

Sunduan Nabalu merancang untuk membina satu sekolah adat di setiap daerah yang akan mewakili setiap kumpulan etnik di kawasan masing-masing dan usaha ini memerlukan perbelanjaan yang besar. Sekolah adat pertama di Tuaran dibina lima tahun yang lalu.

Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Hajiji berkata, peruntukan itu diberi bagi memastikan warisan budaya dan kesenian negeri ini terus kekal dan terpelihara serta memastikan khazanah budaya dapat dinikmati generasi masa ini dan akan datang.

“Usaha ini merupakan pelaburan yang penting demi masa depan dan akan membawa perubahan besar kepada pelestarian budaya kita. Ini sekaligus melihat Sabah terus kaya dengan budaya dan tradisinya,” katanya.

Menyedarinya Hajiji menambah, kerajaan negeri akan terus memberikan sokongan kepada Sekolah Adat dengan memastikan keperluan pendidikan, infrastruktur dan program-program sekolah ini sentiasa diberi perhatian dan keutamaan.

Beliau yakin, melalui pengenalan 19 mata pelajaran berkaitan adat, bahasa dan seni tradisional, Sekolah Adat menyediakan platform untuk generasi muda mendalami akar budaya mereka.

Usaha ini katanya, bukan sekadar menyediakan proses pendidikan tetapi ia mampu menyemai nilai dan jati diri yang akan menentukan kesinambungan budaya penduduk asal Sabah untuk generasi akan datang.

“Satu lagi inisiatif penting yang akan diketengahkan dalam Sekolah Adat ialah Makmal Hidup Sekolah Adat Anak Negeri Sabah iaitu kerjasama dengan Universiti Malaysia Sabah (UMS) melalui Institut Pengajian Orang Asal Borneo.

“Kewujudan makmal ini amat baik kerana tujuannya ialah memelihara adat dan bahasa, membudayakan komuniti dan seterusnya mendapat pengiktirafan global,” katanya menambah kerajaan negeri menyambut baik usaha itu sebagai pendekatan strategik untuk memperkasakan warisan budaya.

Hajiji berkata, kandungan Makmal Hidup akan diselitkan dalam penerbitan buku teks untuk memberikan dimensi tambahan kepada pembelajaran yang diajar di sekolah-sekolah adat ini nanti.

“Ia menghubungkan adat, bahasa dan seni dengan pendekatan pendidikan moden. Oleh itu, usaha penerbitan buku teks untuk 19 mata pelajaran ini adalah langkah yang sangat signifikan.

“Buku-buku itu tidak hanya menjadi panduan kepada pelajar tetapi juga akan menjadi dokumen rujukan penting untuk penyelidikan dan kajian budaya di peringkat nasional serta antarabangsa,” jelasnya.

Dalam pada itu, beliau menyeru sektor swasta, badan bukan kerajaan dan rakyat Sabah untuk turut menyokong usaha Sekolah Adat ini.

Katanya, Adat Sekolah kini dalam laluan untuk mendapatkan pengiktirafan Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (Unesco) di bawah kategori Good Safeguarding Practices.

“Langkah itu bukan sahaja mengangkat nama Sabah tetapi juga membuktikan negeri ini adalah contoh terbaik dalam pelestarian budaya di peringkat global.

“Kejayaan Sekolah Adat ini adalah tanggungjawab bersama. Kerajaan juga memastikan penerbitan buku teks ini berjalan lancar dan memberi impak jangka panjang terhadap kelestarian budaya kita,” katanya.