
Tak semua cinta dipenuhi dengan perkara yang indah. Di Tokyo, seorang warga emas hilang hampir RM140,000 kerana jerat cinta yang dipasang oleh seorang individu yang menyamar sebagai angkasawan Rusia.
Warga emas itu menceritakan dirinya telah menjalinkan hubungan cinta bersama ‘angkasawan’ tersebut menerusi aplikasi Line.
Terperangkap di angkasa

Menurut warga emas itu, lelaki yang mendakwa dirinya angkasawan itu telah terperangkap di ruang angkasa dan perlu membayar sejumlah wang untuk membayar kos roket untuk mendarat ke bumi.
Saya mahu memulakan hidup saya di Jepun dan sudah pasti 1,000 kali tidak akan mencukupi untuk mengatakannya saya menyayangi kamu. – ‘Angkasawan’
Hasilnya, wanita berwarga emas yang telah ditipu itu, hilang hampir RM140,000 menerusi lima transaksi bermula 19 Ogos hingga 5 September lalu. Haih, macam-macam cara betul orang zaman sekarang nak scam.
Kredit: Harian Metro
The post RM140k Lesap, Warga Emas Mabuk Dalam Jerat Cinta ‘Angkasawan’ appeared first on Oh! Media.

