RM2,100 menanti pemenang kempen kibar Jalur Gemilang anjuran MBSA

16 Aug 2022 • 12:12 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

image is not available

SHAH ALAM, 16 OGOS: Orang ramai berpeluang meraih wang tunai RM2,100 menerusi pertandingan Kempen Kibar Jalur Gemilang anjuran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Pihak berkuasa tempat itu menerusi Facebook memaklumkan pertandingan sempena bulan kemerdekaan bermula sejak 1 Ogos hingga 16 September.

“Kongsikan gambar atau video Jalur Gemilang yang dipasang atau dikibar pada bangunan, pejabat, rumah kediaman atau premis perniagaan di sekitar Shah Alam dan menangi hadiah wang tunai

“Sebarang pertanyaan sila hubungi Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam MBSA di talian 03-5510 5133 sambungan 1430 atau 1777,” katanya.

MBSA memaklumkan pemenang pertama bakal membawa pulang wang tunai RM500, kedua (RM350), ketiga (RM250) dan sepuluh hadiah saguhati sebanyak RM100 setiap seorang dengan kesemua pemenang turut diberi sijil penyertaan.

Syarat pertanyaan addalah seperti berikut:

  • ‘Like’ dan ‘Follow’ kesemua saluran media sosial MBSA (Facebook, Instagram, Twitter, Tiktok)
  • sertakan kapsyen tema Hari Kemerdekaan dan hashtag #kibarjalurgemilangMBSA
  • tetapkan media sosial anda kepada “public account”
  • lokasi gambar adalah dalam kawasan pentadbiran MBSA
  • pemenang dipilih berdasarkan gambar atau video terbaik yang memaparkan semangat kemerdekaan

image is not available

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved