RM2.5 juta kerugian dicatat hasil penipuan guna WhatsApp & Telegram sepanjang 2023

LocalTechnology
22 Jan 2024 • 9:40 AM MYT
SoyaCincau
SoyaCincau

For everything that matters in tech

image is not available

Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) berkongsikan beberapa fakta menarik tentang scam melibatkan penyamaran dalam talian. Sepanjang 2023, sebanyak 494 kes berkaitan itu telah direkodkan dengan kerugian melebihi RM2.5 juta. Lebih menarik, belumpun Januari 2024 tamat, terdapat 50 kes telah dicatatkan dengan kerugian hampir mencecah RM250 ribu.

image is not available

Penyamaran dalam talian telah dikesan sebagai salah satu modus operandi yang digunakan penjenayah untuk melakukan penipuan. Mereka menggodam akaun Telegram ataupun WhatsApp milik mangsa sebelum menghubungi senarai kenalan mangsa kononnya inign meminjam wang, tanpa pengetahuan pemilik akaun disebabkan telah dilog keluar.

JSJK menasihati orang ramai supaya tidak mudah percaya kepada mesej dalam talian. Ia jelas menunjukkan yang tahap kepekaan orang ramai terhadap scam gaya ini masih rendah. Tiada satu pun teknologi dalam dunia ini yang mampu halang scam daripada berlaku namun risikonya boleh diminimumkan.

Semakmule dan Whoscall minimumkan risiko scam

Contohnya, laman web JSJK ada sediakan kemudahan untuk semak akaun bank yang disyaki digunakan untuk menipu. Anda cuma perlu masukkan no akaun yang mencurigakan dan sistem akan memberitahu sama ada akaun ini sedang disiasat ataupun tidak.

image is not available

Selain itu, anda juga boleh menyemak nombor telefon yang mencurigakan menggunakan aplikasi Whoscall. PDRM berkongsikan pengkalan data nombor telefon yang ditandakan sebagai potensi scam untuk memudahkan orang ramai mengenal pasti sekiranya ada cubaan untuk mehubungi mereka.

image is not available

Sumber: JSJK