RM2.85 Bilion Nilai Rampasan Dadah Dan Bahan Racun, Selangor Catat Kes Tertinggi

21 Oct 2026 • 11:44 AM MYT
Siakap Keli
Siakap Keli

We’re a fast growing company with over 20 million page views per month.

RM2.85 Bilion Nilai Rampasan Dadah Dan Bahan Racun, Selangor Catat Kes Tertinggi

Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) merampas dadah dan bahan racun bernilai RM2.85 bilion dalam tempoh Januari hingga September tahun ini, meningkat RM865.45 juta atau 43.63 peratus berbanding RM1.98 bilion bagi tempoh sama tahun lalu.

Dalam tempoh sembilan bulan itu, sebanyak 167,601 kes dengan 186,257 tangkapan direkodkan di seluruh negara menerusi pelbagai operasi penguatkuasaan dan tindakan risikan.

Pengarah JSJN, Datuk Hussein Omar Khan berkata, Selangor mencatatkan jumlah kes tertinggi dengan 23,195 kes dan 26,368 tangkapan.

Menurutnya, Kedah berada di tempat kedua dengan 18,843 kes dan 19,601 tangkapan, manakala Kelantan merekodkan 18,008 kes dengan 19,712 tangkapan.

“Peningkatan nilai rampasan ini memperlihatkan hasil signifikan tindakan penguatkuasaan terhadap kegiatan pengedaran dadah dan bahan terkawal,” katanya dalam satu kenyataan.

Mengulas lanjut, Hussein berkata, JSJN merampas sebanyak 36,612.72 kilogram dadah dan 30,580.19 liter dadah berbentuk cecair sepanjang tempoh berkenaan.

Selain itu, rampasan bahan di bawah Akta Racun turut merekodkan sebanyak 45,382.70 kilogram dan 106,092.56 liter.

Beliau berkata, kegiatan pengedaran dadah semakin mencabar, khususnya apabila membabitkan rangkaian sindiket terancang, pelbagai kaedah penyeludupan serta penyalahgunaan teknologi dan saluran komunikasi untuk menjalankan kegiatan jenayah.

Image from: RM2.85 Bilion Nilai Rampasan Dadah Dan Bahan Racun, Selangor Catat Kes Tertinggi
Kredit: Facebook Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik PDRM

Sehubungan itu, katanya, JSJN akan terus memperkukuh strategi penguatkuasaan menerusi pendekatan yang lebih proaktif, bersepadu dan berasaskan risikan bagi memastikan kegiatan pengedaran dadah dapat dikesan serta diambil tindakan sewajarnya.

“JSJN akan terus memperkukuh strategi penguatkuasaan melalui pendekatan lebih proaktif, bersepadu dan berasaskan risikan bagi memastikan setiap kegiatan pengedaran dadah dapat dikesan dan diambil tindakan sewajarnya,” katanya.

Menurut Hussein, keutamaan turut diberikan kepada usaha memutuskan rangkaian bekalan dadah, mengekang penyeludupan serta mengenal pasti individu dan kumpulan yang menjadi penggerak utama kegiatan pengedaran bahan terlarang itu.

Baca juga:

Beliau turut menegaskan bahawa kerjasama masyarakat penting bagi membantu membendung kegiatan jenayah dadah sebelum memberikan kesan lebih besar terhadap keselamatan dan kesejahteraan negara.

“Kerjasama masyarakat amat penting dalam memastikan kegiatan jenayah dadah dapat dibendung sebelum memberikan kesan lebih besar kepada keselamatan dan kesejahteraan negara,” katanya.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved