RM25 juta disedia pendek tempoh birokrasi, mempercepat urusan kerajaan

18 Oct 2024 • 7:45 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

SHAH ALAM, 18 OKT: Peruntukan sejumlah RM25 juta disediakan untuk Pasukan Petugas Khas Reformasi Agensi (STAR) bagi memperluas Ikhtiar Reformasi Kerenah Birokrasi di semua agensi kerajaan pada tahun hadapan.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata ia termasuk mengkaji peraturan yang boleh memendekkan proses kelulusan untuk kemudahan rakyat, peniaga dan pelabur.

“Pasukan STAR yang diterajui Ketua Setiausaha Negara bertanggungjawab menyelaras isu-isu berkepentingan rakyat seperti sekolah, klinik daif, kesesakan di hospital dan kaunter imigresen serta kelancaran urusan perniagaan,” katanya ketika membentangkan Belanjawan 2025 di Dewan Rakyat hari ini.

Sebelum ini, Menteri Ekonomi Rafizi Ramli berkata kerajaan akan perkenal Akta Iltizam Kecekapan Kerajaan bagi mengurangkan kerenah birokrasi dan prosedur tertentu dalam urusan perniagaan.

Menurutnya, akta itu dijangka akan dibentangkan di Parlimen pada akhir tahun ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved