
PAPAR: Kerajaan Negeri pimpinan Gabungan Rakyat Sabah (GRS) meluluskan peruntukan RM250,000 untuk membina tembok penahan di belakang Tadika St Mary di Limbahau, di sini, bagi mengelakkan hakisan tanah dan kejadian tanah runtuh.
Adun Limbahau, Datuk Juil Nuatim, ketika mendedahkan perkara itu, mengucapkan terima kasih kepada Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor dan Kerajaan Negeri kerana meluluskan dengan cepat permohonannya untuk tadika itu.
“Lembaga Pengelola Tadika (BoG) meluahkan kebimbangan mereka kepada saya mengenai cerun di belakang tadika yang mendatangkan bahaya kepada kanak-kanak prasekolah kerana tanah runtuh berlaku di sana pada November tahun lalu.
