
Kota Kinabalu: Sebanyak RM3 juta diperuntukkan bagi pelaksanaan Inisiatif Ehsan@Kuskop yang akan diadakan secara rintis di tiga daerah yang mempunyai daftar e-Kasih yang tinggi, iaitu Kudat, Kota Marudu dan Kota Belud.
Menteri Pembangunan Usahawan dan Koperasi, Datuk Ewon Benedick mempengerusikan mesyuarat pelaksanaan inisiatif tersebut di sini, pada Isnin, bagi memastikan kejayaannya sepanjang tempoh pelaksanaannya.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Jelasnya, inisiatif berkenaan merupakan program memperkasa pendidikan kepada anak-anak keluarga yang berdaftar dalam e-Kasih melalui sumbangan sosial korporat Bank Rakyat yang diuruskan oleh Yayasan Bank Rakyat.
“Inisiatif Ehsan@Kuskop merangkumi bantuan pengangkutan, bantuan asrama desa/transit, bantuan persekolahan, bantuan awal pengajian, tuisyen dan seminar pendidikan yang dilaksanakan secara bersasar.
SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Inisiatif ini merupakan ilham dan sumbangan saya serta kementerian saya serta agensi-agensi di bawahnya bagi menoktahkan kemiskinan di Sabah, sepertimana hasrat Perdana Menteri dan Ketua Menteri kita melalui gerakan pendidikan dan keusahawanan yang berada dalam skop tanggungjawab saya,” katanya.
Menurut Ewon, setiap kali bermesyuarat di Kabinet atau bersidang di Parlimen, apabila disebut daerah-daerah termiskin Sabah, beliau meletakkan azam untuk menjadi sebahagian penyelesaiannya tanpa menuding jari di mana silapnya isu kemiskinan masih tinggi di negeri ini.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Sebab itu saya mengilhamkan Inisiatif Ehsan@Kuskop ini sebagai satu usaha membantu menangani isu kemiskinan ini. Saya berterima kasih kerana Kuskop dan agensi-agensinya seperti Bank Rakyat dan Yayasan Bank Rakyat bersedia turut sama dalam perjuangan ini,” katanya.
Ewon menambah, Program Ehsan@Kuskop yang dilancarkan pada 30 Disember lepas oleh Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor, akan turut membantu melahirkan anggota keluarga berdaftar e-Kasih menjadi usahawan kecil bermula di lokaliti masing-masing.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Turut hadir dalam mesyuarat itu ialah Ahli Parlimen Kudat, Datuk Verdon Bahanda; Pengarah Pejabat Pembangunan Negeri Sabah, Samsul Dollah; Pengerusi Yayasan Bank Rakyat, Datuk Philip Lasimbang dan Ketua Pegawai Penyelaras Sekretariat SMJ Sabah, Datuk Rosmadi Datu Sulai.


