RM30,000 naik taraf infrastruktur di tiga lokasi DUN Taman Templer - Anfaal

LocalPolitics
2 Oct 2026 • 12:12 PM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

RM30,000 naik taraf infrastruktur di tiga lokasi DUN Taman Templer - Anfaal

SHAH ALAM, 2 OKT: Sebanyak RM30,000 diperuntuk bagi melaksanakan beberapa projek penambahbaikan infrastruktur di tiga lokasi di Dewan Undangan Negeri (DUN) Taman Templer secara berperingkat.

Wakil rakyatnya Anfaal Saari berkata projek berkenaan melibatkan penambahbaikan susur gajah di Sekolah Kebangsaan (SK) 1 Selayang Baru, Surau SK Selayang Baru 2 serta Surau Flat Camar.

Katanya, kerja di Surau SK Selayang Baru 2 membabitkan cadangan pemasangan dan naik taraf penyaman udara, manakala penggantian karpet dicadangkan di Surau Flat Camar.

“Pelaksanaan projek secara berperingkat ini turut mengambil kira keperluan masyarakat dan kita berharap ia sedikit sebanyak memberi manfaat kepada komuniti,” katanya kepada Media Selangor.

Image from: RM30,000 naik taraf infrastruktur di tiga lokasi DUN Taman Templer - Anfaal
Petugas Pusat Khidmat Masyarakat DUN Taman Templer meninjau keadaan Surau Flat Camar bagi mengenal pasti keperluan penggantian karpet pada 1 Oktober 2026. Foto Facebook Pusat Khidmat Masyarakat DUN Taman Templer - YB Anfaal Saari

Anfaal berkata kesemua projek berkenaan dijangka siap dalam tempoh sebulan selepas lawatan tapak dilakukan bagi mengenal pasti keperluan sebenar di setiap lokasi.

“Insya-Allah, usaha penambahbaikan akan diteruskan secara berperingkat mengikut keperluan dan peruntukan yang tersedia demi keselesaan serta manfaat warga DUN Taman Templer.

“Kita terus turun padang, kita terus bekerja untuk rakyat,” katanya.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved