RM30,000 terkumpul bagi budak hidap kanser ovari

11 Oct 2024 • 5:08 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Nora Ahmad

Kota Kinabalu: Kira-kira RM30,000 dana berjaya dikumpulkan selepas kisah seorang kanak-kanak perempuan dari Kota Marudu berusia 19 bulan disahkan menghidap kanser ovari tahap tiga baru-baru ini.

Daneen Auni Riksi yang dimasukkan ke Hospital Wanita dan Kanak-Kanak Sabah (HWKKS) Likas baru saja menjalani rawatan kemoterapi pertama pada Khamis.

Menurut ibu kanak-kanak tersebut, Fallarystia Sintom, 25, ramai yang menghantar mesej kepada mereka untuk menyalurkan dana tersebut sebaik saja kisah mereka disiarkan.

“Ada sudah yang menyalurkan dana sejak semalam (Rabu) dan tidak putus-putus orang ramai menghubungi kami melalui mesej.

SPONSORED CONTENT Enjoy a taste of Malaysia, everyday with Ayam Brand™ local pastes SHAH ALAM: Fact: Every time Malaysians travel abroad, we almost immediately miss the taste of home. You don’t need to be homesick to celebrate Malaysia’s rich culinary heritage when you can savor the authentic taste of Malaysia in your own home with Ayam Brand™ cooking pastes. Read more “Setakat ini sudah ada lebih RM30,000 yang terkumpul. Walaupun anggaran kos rawatan kami belum peroleh, namun doktor ada menyarankan untuk kami kumpul saja dana terlebih dahulu.

“Sebab untuk rawatan kemoterapi memerlukan kos sehingga ribuan ringgit termasuk keperluan jangka panjang,” katanya.

Fallarystia berkata demikian ketika dihubungi pemberita mengenai perkembangan dana yang terkumpul setakat ini, pada Khamis.

Katanya, dia setakat ini belum membuat sebarang perbincangan dengan suami mengenai anggaran kos rawatan anak bongsu mereka itu.

“Tetapi kami akan bincang perkara itu dan mahu tetapkan juga berapa tempoh untuk kami kumpul dana tersebut dan kami akan nyatakan perkara itu dalam masa terdekat,” jelasnya.

Ditanya mengenai rawatan yang dijalani anaknya, Fallarystia berkata, Daneen ketika ini dalam keadaan baik.

“Semalam dia dimasukkan jarum kemo pod sebelum rawatan kemoterapi yang pertamanya dimulakan hari ini.

“Selepas selesai kira-kira jam 2 petang tadi, anak saya dalam keadaan baik juga.

“Namun keadaan itu masih dalam pemantauan jika kesannya selepas rawatan selesai. Jadi sebab itu darahnya diambil setiap minggu untuk pemantauan lanjut,” katanya.

Sebelum itu, Fallarystia turut berkata, doktor ada maklumkannya bahawa rawatan kemoterapi itu mungkin mengambil masa yang lama sehingga sel itu tiada.

“Tetapi saya tetap berharap anak saya bebas dari kanser ini,” katanya.

Fallarystia dan suaminya sebelum itu tidak menyangka tangisan berpanjangan anak mereka sejak Ogos lalu merupakan petanda kanak-kanak tersebut sedang menanggung kesakitan akibat kanser ovari tahap tiga.

Daneen Auni disahkan menghidap kanser tersebut pada 2 Oktober lalu selepas menjalani pembedahan di HWKKS di Likas.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.