RM36.52 juta lesap, jenayah komersial Kelantan meningkat

LocalBusiness & Finance
20 Oct 2026 • 11:51 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: RM36.52 juta lesap, jenayah komersial Kelantan meningkat

KOTA BHARU – Kes jenayah komersial di Kelantan meningkat sebanyak 763 kes kepada 2,092 kes bagi tempoh Januari hingga September tahun ini berbanding 1,329 kes dalam tempoh sama pada tahun lalu.

Ketua Polis Kelantan, Datuk Mohd. Yusoff Mamat berkata, selain itu, jumlah kerugian mangsa bertambah daripada RM31.52 juta kepada lebih RM36.52 juta sekali gus menunjukkan ancaman jenayah komersial yang semakin membimbangkan.

Katanya, kes penipuan e-dagang turut mencatatkan peningkatan ketara apabila naik daripada 309 kes kepada 716 kes, manakala jumlah kerugian meningkat daripada RM2.31 juta kepada RM3.10 juta.

“Jenayah siber lain turut meningkat daripada 354 kes kepada 476 kes dengan nilai kerugian bertambah daripada RM6.43 juta kepada RM7.50 juta.

“Kategori lain-lain jenayah komersial merekodkan peningkatan daripada 99 kes kepada 200 kes, namun jumlah kerugian bagi kategori tersebut melonjak lebih dua kali ganda daripada RM3.99 juta kepada RM9.45 juta,” katanya ketika berucap pada Perhimpunan Bulanan Ibu Pejabat Polis Kontinjen Kelantan di sini hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd. Yusoff memberitahu, jumlah tersebut menunjukkan jenayah komersial bukan sahaja menyebabkan pertambahan jumlah kes, tetapi memberi kesan besar terhadap kedudukan kewangan mangsa yang berdepan risiko kehilangan wang simpanan.

Katanya, berdasarkan statistik itu, terdapat mangsa yang kehilangan wang titik peluh selepas mengumpul simpanan selama bertahun-tahun, selain impian dan perancangan hidup yang musnah dalam sekelip mata. – KOSMO! ONLINE

The post RM36.52 juta lesap, jenayah komersial Kelantan meningkat appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved