
LABUAN: Kampung Belukut, Kampung Angkat Madani pertama di Wilayah Persekutuan menerima peruntukan RM3 juta bagi menaik taraf kemudahan asas, sekali gus menjadikan kawasan itu setanding dengan kampung lain di Labuan melalui beberapa projek infrastruktur.
Ketua Kampung Belukut Asmadi Ahmad berkata pihaknya berterima kasih kepada Jabatan Wilayah Persekutuan (JWP) dan kerajaan kerana menjadikan lokasi itu sebagai Kampung Angkat Madani pada Mei lepas.
“Projek yang diluluskan untuk Kampung Belukut termasuk menaik taraf balai raya dan gelanggang futsal serta pembinaan dewan terbuka, jalan raya konkrit, papan tanda untuk semua simpang dan kebun komuniti.
“Penambahbaikan ini bertujuan menyediakan penduduk kampung dengan kemudahan dan menggalakkan penglibatan masyarakat. Inisiatif lain melibatkan pembangunan ekonomi digital dan sambungan Internet yang lebih baik ke kampung,” katanya.
SPONSORED CONTENT 800 expected at Sabah CEO Master Class 2024 on August 8 Kota Kinabalu: Wish to know and learn meaningful lessons and entrepreneurial journeys from giant business owners who also faced various hard challenges and succeeded in overcoming them? . Read more Sementara itu, Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Labuan Rithuan Ismail berkata inisiatif Kampung Angkat Madani mencerminkan komitmen lebih luas terhadap pembangunan luar bandar untuk mewujudkan masyarakat mampan di seluruh Malaysia.
“Kami menyedari terdapat kekurangan infrastruktur di kampung ini, dan kerajaan melakukan yang terbaik untuk menyediakan kemudahan asas dan projek pembangunan demi kepentingan penduduk kampung,” katanya.
Rithuan berkata dengan penambahbaikan ini, Kampung Belukut bersedia menjadi kampung contoh serta dapat menarik pelaburan di kawasan luar bandar.
“Pembangunan berterusan di Kampung Belukut menandakan satu pencapaian penting dalam sejarah kampung ini, menjanjikan masa depan lebih cerah kepada penduduknya dan menjadi contoh kepada kampung lain yang ingin melakukan perubahan sama,” katanya.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


