‘RM4,000 saya kirim ke kampung’ – Pekerja asing hanya ambil RM200 untuk kegunaan sendiri

14 Feb 2024 • 12:05 PM MYT
The Reporter
The Reporter

Malay site offers reporting updates and viral community news from Malaysia

image is not available

image is not available

Tidak dapat dinafikan, kemasukan pekerja asing ke negara kita banyak membantu dari segi sektor pembinaan, pertukangan dan melibatkan kerja-kerja berat lain.

Selari dengan tugasan yang dibuat, kebanyakan mereka mendapat gaji yang lumayan. Bagaimanapun, mereka seolah telah dididik supaya berjimat cermat dan menghantar wang buat keluarga di kampung.

Satu video tular yang berkongsikan kegembiraan beberapa pekerja asing yang menerima gaji mereka sebanyak RM4,200. Katanya, gaji tersebut tidak diambil sepenuhnya, tetapi dihantar untuk kegunaan keluarga.

https://www.tiktok.com/@astrogempak/video/7335132435245534466?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7323881119455266305

“Satu bulan saya kerja, RM4,200. Nanti saya kirim duit ke kampung. Yang saya ada RM200.

“Tak cukup. Semua kirim kampung. Saya tak beli baju dan seluar, semua duit kirim ke kampung,” katanya.

Menerusi ruangan komen, ramai yang memuji sikap pekerja asing yang tidak mementingkan diri sebaliknya mendahulukan keluarga dalam semua aspek.

Tidak kurang juga yang menyatakan ramai pekerja asing memilih untuk datang bekerja di Malaysia kerana mendapat upah yang tinggi, selain layanan yang baik diberikan oleh majikan.

Sumber: Gempak