RM4.4 juta bantuan Tabung Pendidikan Negeri Sabah untuk 3,050 pelajar

27 Feb 2024 • 2:02 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kerajaan Negeri telah membantu 3,050 pelajar menerusi Tabung Pendidikan Negeri Sabah (TPNS) dengan peruntukan berjumlah RM4.4 juta, sejak tabung itu diwujudkan.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Dr Arifin Mohd Arif berkata, inisiatif tersebut dikhususkan untuk anak-anak Sabah, terutamanya golongan B40, melanjutkan pelajaran ke institusi pengajian tinggi, selaras dengan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ).

“Tabung ini adalah ilham Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor untuk memperkasakan pendidikan. Selain daripada Yayasan Sabah, Biasiswa Kerajaan Negeri, Majlis Ugama Islam Sabah (Muis), kita juga membantu melalui tabung ini (TPNS) mendokong usaha dalam memperkasa bidang pendidikan di Sabah.

“Setakat ini, tabung ini mengeluarkan RM4.4.juta untuk anak-anak muda Sabah dan lebih kurang 3,050 orang pelajar telah menerima manfaat ini sejak ia ditubuhkan.

SPONSORED CONTENT Sabah's Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more “Hari ini, kita menyampaikan tiga lagi bantuan kepada pelajar, yang diharap akan memanfaatkan mereka.

“Kita akan membuat mesyuarat dan setiap bulan kita akan menyampaikan bantuan berkenaan untuk membantu anak kita,” ujar Arifin semasa ditemui media selepas menyampaikan bantuan kepada tiga penerima di sini, pada Isnin.

Hadir sama, Pengarah Yayasan Sabah Datuk Seri Dr Gulamhaidar @ Yusof Khan Bahadar, Ketua Pengarah Perkhidmatan Awam Sabah Datuk Zainuddin Aman, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah Raisin Saidin, Ketua Pegawai Eksekutif Kolej Teknologi Yayasan Sabah (KTYS) Samin Ongki, dan Setiausaha Sulit Kanan Kepada Ketua Menteri Datuk Ceasar Mandela Malakun.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.