RM425 sebulan mana cukup, ribuan pekerja berarak tuntut kenaikan gaji

WorldBusiness & Finance
2 Nov 2026 • 4:12 PM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: RM425 sebulan mana cukup, ribuan pekerja berarak tuntut kenaikan gaji

DHAKA – Beribu-ribu  pekerja pakaian Bangladesh menyekat sebuah lebuh raya utama dan bertempur dengan polis hari ini  dengan mereka  menuntut  gaji minimum bulanan  lebih dua kali ganda gaji  semasa, ketika tunjuk perasaan semakin meluas di seluruh pusat perindustrian.

Bangladesh merupakan pengekspot pakaian kedua terbesar di dunia di belakang China dan mengeluarkan pakaian untuk beberapa jenama antarabangsa terbesar.

Ratusan pekerja di Gazipur, utara Dhaka, menyekat lebuh raya Dhaka-Tangail sambil merosakkan beberapa kenderaan, manakala kumpulan-kumpulan  besar turun ke jalanan di daerah Mirpur, di mana polis menyuraikan penunjuk perasaan dengan menembak gas pemedih mata, kata  wartawan AFP.

Protes itu berlaku walaupun kerajaan mengumumkan semalam bahawa pihaknya  akan menubuhkan lembaga gaji untuk menyemak semula gaji minimum dalam industri pakaian yang penting.

Sektor tersebut menggaji berjuta-juta orang dan menyumbang sebahagian besar pendapatan eksport Bangladesh.

Namun, pemimpin-pemimpin buruh berkata, bantahan pekerja tidak sekadar mengenai penubuhan lembaga tersebut, sebaliknya turut melibatkan isu inflasi dan peningkatan kos sara hidup.

Penunjuk perasaan menuntut gaji bulanan sebanyak 30,000 taka (RM982) atau  lebih dua kali ganda  gaji semasa mereka.

Para pekerja kini memperoleh gaji sekitar 13,000 taka (RM425)  sebulan, demikian menurut pegawai Pusat Solidariti Pekerja Bangladesh, Kalpona Akter. – AFP

 

The post RM425 sebulan mana cukup, ribuan pekerja berarak tuntut kenaikan gaji appeared first on Kosmo Online.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved