
TONGOD: Empat kampung di Mukim Keramuak di sini memperolehi peruntukan RM450,000 untuk melaksanakan projek pembangunan asas luar bandar.
Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuamut, Datuk Masiung Banah mengumumkan peruntukan itu semasa merasmikan majlis Aidilfitri di Dewan Kuala Keramuak, Rabu.
Menurutnya, jumlah itu diagihkan menerusi peruntukan Dewan Undangan Negeri bagi membaikpulih tiga dewan masyarakat.
Dewan tersebut katanya, terletak di Kampung Kuala Keramuak dan Tenaga Baru masing-masing diperuntukan RM150,000, manakala RM100,000 lagi untuk dewan terbuka Kampung Keramuak Dalam.
SPONSORED CONTENT Sabah revenue hits RM6.97 billion: Hajiji says GRS State Government may see full term Kota Kinabalu: The Sabah Government continued its momentum in managing the economy in line with the commitment and spirit of the Sabah Maju Jaya (SMJ) when it posted record high state revenue of RM6.973 billion last year. Read more Selebihnya, RM50,000 digunakan bagi membina tandas awam dan pondok Team Aki Keramuak untuk mengawal kumpulan gajah liar di kawasan itu.
Sementara itu, Jawatankuasa Bencana Alam Negeri turut meluluskan peruntukan RM800,000 untuk membekalkan tangki air kepada penduduk terjejas di seluruh daerah Tongod termasuk Keramuak.
Setiap kampung yang terjejas kemarau akan memperolehi 10 tangki yang membolehkan penduduk mengambil air yang dibekalkan Jabatan Air Negeri Sabah (JANS).
Naib Presiden Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) itu berkata, kesemua projek asas luar bandar berkenaan akan dilaksanakan bermula awal Mei ini.
Lebih 300 penduduk dari pelbagai kaum dan agama di mukim itu memeriahkan majlis aidilfitri berkenaan yang dianjurkan bersama Pergerakan Wanita, Pemuda dan Beliawanis Gagasan Rakyat Bahagian Kuamut.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.


