RM463 Juta Diluluskan Untuk Tambah Baik Pengangkutan Awam

LocalPolitics
12 Dec 2024 • 10:45 AM MYT
Carz Automedia
Carz Automedia

Latest automotive news & review in one place.

image is not available

image is not available

Peruntukan sebanyak RM463 juta diluluskan bagi menambah baik perkhidmatan pengangkutan awam menjelang Kepengerusian ASEAN 2025 dan Tahun Melawat Malaysia 2026.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, berkata peruntukan itu adalah sebagaimana diumumkan dalam Belanjawan 2025, dengan fokus utama ialah menggalakkan penggunaan pengangkutan awam, khususnya di Lembah Klang dan bandar-bandar utama.

image is not available

"Prasarana Malaysia Berhad memperkenalkan perkhidmatan 'Demand Responsive Transit' (DRT) sejak Jun 2024 untuk meningkatkan kesalinghubungan awal dan akhir perjalanan.

"Setakat ini dengan 20 van beroperasi, masa menunggu pelanggan berjaya dikurangkan daripada 40 kepada 13 minit.

image is not available

"Selain itu, pelaksanaan Lorong Khas Bas sejak 3 Julai 2023 di Jalan Ampang, Jalan Genting Klang, dan Jalan Klang Lama telah meningkatkan jumlah penumpang harian, memendekkan masa perjalanan dan meningkatkan kelajuan komersial," katanya dalam satu kenyataan.

Menurutnya, kejayaan pelaksanaan Lorong Khas Bas mendorong ia diperluaskan ke laluan baharu di Lembah Klang serta di Georgetown, Pulau Pinang, mulai November lalu.

"Ini termasuk RM10 juta diperuntukkan bagi peluasan Lorong Khas Bas di Jalan Ipoh, Jalan Cheras, dan Jalan Gombak sepanjang 47 kilometer," katanya.