
Kota Kinabalu: Kerajaan Sabah memperuntukkan RM470 juta bagi tujuan pembangunan modal insan tahun ini, termasuk pemberian biasiswa dan pinjaman pelajaran.
Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata kerajaan negeri turut mengambil inisiatif membantu pelajar tingkatan empat dan lima dengan bantuan sekali beri RM200.
“Kerajaan Sabah turut menyediakan bantuan sekali beri kepada mereka yang akan memasuki institusi pengajian tinggi iaitu RM2,000 untuk kursus ijazah dan RM1,500 bagi kursus diploma.
“Tetapi kita tahu jumlah ini tidak mencukupi dan kerana itulah kami libatkan Yayasan Sabah dan kami turut mewujudkan Tabung Pendidikan Negeri Sabah bagi membantu membiayai pendidikan anak-anak kita,” katanya yang ditemui pada sesi ramah mesra bersama 12 penerima biasiswa Petronas di Menara Kinabalu, Jumaat.
SPONSORED CONTENT Hajiji says young business professionals' inputs needed to develop Sabah Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said he welcomed inputs from young business professionals to assist in policy formulation. Read more 12 penerima itu merupakan pelajar terbaik Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 di Sabah dan antara 600 pelajar dipilih di seluruh negara untuk biasiswa tersebut.
Hajiji menggesa mereka memanfaatkan sepenuhnya peluang untuk meluaskan pengetahuan dan menambah kemahiran.
“Selepas mendengar ucapan pendek anda, saya gembira, dan saya pasti anda semua akan mempunyai masa depan yang cerah.
“Lakukan yang terbaik, kerana anda masa depan negeri ini yang akan membantu memacu pembangunan negara dan negeri,” katanya.
Hajiji turut memuji Petronas atas sokongan berterusan kepada pembangunan akademik belia dan kerana menaja 107 pelajar dari Sabah untuk melanjutkan pelajaran dalam pelbagai bidang.
“Saya sangat menghargai komitmen Petronas untuk membangunkan modal insan selari dengan aspirasi Hala Tuju Sabah Maju Jaya,” katanya.
Turut hadir Pengarah Pendidikan Negeri Datuk Raisin Saidin; Naib Presiden Kanan Pengurusan Petroleum, Petronas Datuk Bacho Pilong; Pengurus Besar Kanan Global HR Partners Downstream Luqmahani Mustafa Kamal; Pengurus Besar Human Capital Investment Syed Mohammad Muhafiz Syed Mohd Bakar; Pengurus Besar Pejabat Wilayah Sabah dan Labuan Siti Ayu Abdul Wahab.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.



