RM474.55 juta untuk tingkat tahap pendidikan di Sabah

26 Jun 2024 • 4:01 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Lagatah Toyos

TAWAU: Kerajaan Negeri memperuntukkan bajet yang besar iaitu sebanyak RM474.55 juta untuk me-ningkatkan tahap pendidikan di Sabah tahun ini, kata Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor.

Katanya, peruntukan itu juga untuk memperkukuhkan pembangunan modal insan seperti pemberian biasiswa dan dermasiswa, pembangunan serta operasi sekolah, termasuk perpustakaan.

Menurutnya, kerajaan negeri sentiasa memberi perhatian dan keutamaan kepada keperluan pendidikan serta isu pendidikan demi memastikan pendidikan anak bangsa terus diberikan perhatian kerana mereka adalah permata negara.

“Kerajaan Negeri juga amat komited dan sudah merangka pelbagai program serta memperkasakan inisiatif sedia ada demi memastikan setiap anak-anak mempunyai akses kepada pendidikan.

SPONSORED CONTENT Hajiji says positive economic achievements prove Sabah govt’s commitment Kota Kinabalu: Chief Minister, Datuk Seri Hajiji Noor, emphasised that the positive economic achievements over the past three years underscore the Sabah government’s steadfast commitment to both the administration and development of the state. Read more “Usaha ini dilakukan demi kecemerlangan pendidikan di negeri ini, termasuklah untuk memperkasa ekosistem sains, teknologi dan inovasi.

“Ini sejajar dengan hasrat kerajaan negeri dalam pelan pembangunan Hala Tuju Sabah Maju Jaya (SMJ) yang menekan kepentingan modal insan,” katanya.

Hajiji berkata, perkara itu jelas membuktikan betapa kerajaan sangat prihatin akan kebajikan rakyatnya dan sentiasa memberikan yang terbaik untuk meningkatkan tahap pendidikan negeri ini.

Beliau berkata demikian pada Majlis Apresiasi Pengurusan Sekolah (Mapens) Jabatan Pendidikan Negeri Sabah Tahun 2024 di Dewan Sekolah Jenis Kebangsaan Cina (SJKC) Kung Ming, di sini, pada Selasa.

Teks ucapannya dibacakan Pembantu Menteri kepada Ketua Menteri, Datuk Nizam Abu Bakar Titingan.

Dalam pada itu, Hajiji mengucapkan tahniah kepada semua pendidik atas kejayaan yang dicapai dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2023 dengan lonjakan yang amat memberangsangkan.

Beliau berkata, pencapaian calon peperiksaan SPM 2023 lebih baik berdasarkan indeks Gred Purata Negeri (GPN) berbanding tahun sebelumnya, dengan nilai GPN 5.09 mata pada 2023 berbanding 5.22 mata pada 2022, iaitu perbezaan 0.13 mata.

Hajiji berharap dengan kerja bersungguh-sungguh dan penuh komitmen, semua guru akan dapat meneruskan legasi kecemerlangan pendidikan negeri ini.

Pada majlis itu, Nizam mewakili Hajiji menyampaikan Anugerah Utama Tokoh Kepimpinan kepada Datuk Dr Mistrine Radin dan Anugerah Tokoh Guru Negeri Sabah kepada Abdul Aziz Mohamed Zain.

Hadir sama, Pengarah Jabatan Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Raisin Saidin.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.