![Image from: “RM5.90 Je, Bau Masam Auto Hilang” – Mesin Pencuci Helmet Di TBG Mall Raih Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/helmet-TBG-mall.jpg)
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Buat pengguna motosikal, antara benda yang akan digunakan pada setiap hari semasa menunggang kenderaan tiga roda itu adalah topi keledar keselamatan. Tidak kisahlah jenama yang murah atau mahal, helmet ini perlu dijaga dengan baik bagi memastikan ia tahan lama.
Bukan dari segi luaran sahaja, namun kebersihan dalaman helmet juga perlu diutamakan. Lebih-lebih lagi jika padding helmet anda selalu berasa lembap sehingga membuatkan ia busuk.
Mesin Pencuci Helmet Tersedia Di TBG Mall
Kepada rider-rider di luar sana, baru-baru ini seorang pengguna Threads dikenali sebagai Halimi ada berkongsi tentang mesin pembersih helmet yang anda boleh gunakan bagi mencuci helmet di Terminal Bersepadu Gombak (TBG Mall), Selangor.
Jelasnya semasa berada di sana, dia terlihat sebuah mesin layan diri untuk mencuci helmet, ‘Kleenso x NU Vending’ di kawasan parkir pusat beli-belah berkenaan. Menurut pengendali akaun Instagram TBG Mall, mesin itu terletak di parkir tingkat LG.
View this post on Instagram
Mesin yang kelihatan seperti mesin gedegang minuman itu berfungsi untuk membersihkan topi keledar yang kotor dalam masa lima ke lapan minit sahaja. Memang pantas!
Bukan itu sahaja, kos yang dikenakan bagi setiap cucian juga adalah murah iaitu sebanyak RM5.90 namun pembayaran hanya boleh dilakukan secara nirtunai (cashless) sahaja.
Apa yang anda perlu lakukan adalah:
- Tekan butang ‘Start’ pada skrin.
- Pilih kaedah pembayaran.
- Masukkan helmet ke dalam ruangan disediakan.
- Tunggu 5-8 minit.
- Keluarkan helmet selepas sesi pembersihan selesai.
Menurut Halimi, helmetnya itu memang berbau wangi seperti sabun selepas selesai cucian tersebut.
View on Threads
Baca Artikel Berkaitan:Korang Bawa Motosikal? Ini Perbezaan Sijil Keselamatan ECE, DOT dan SNELL Pada Helmet [Video]
Orang Ramai Teruja Mahu Cuba Guna Mesin Pencuci Helmet
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang baru tahu terdapat mesin pencuci helmet di sana.
“Ngam, nak hantar helmet berkurun lama simpan,” kata seorang lelaki.
Malah ada juga yang berkata tidak berani mencuba mesin tersebut sebelum ini kerana berasa was-was.
“Okay dah ada feedback, saya akan cuba. Tak cuba (sebelum ini) sebab macam tak yakin,” ujar seorang pengguna Threads.
Sementara itu, ramai juga turut berkongsi lokasi-lokasi lain yang ada menyediakan perkhidmatan cucian helmet sebagai contoh di pusat beli-belah Aeon AU2 Setiawangsa; Aeon Nilai; Seksyen 9, Shah Alam; Seksyen 19, Shah Alam; Matahari Mall PJS dan banyak lagi.
View this post on Instagram
Berikut antara komen-komen netizen:
![Image from: “RM5.90 Je, Bau Masam Auto Hilang” – Mesin Pencuci Helmet Di TBG Mall Raih Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/mesin-cuci-helmet-955x1024.jpeg)
![Image from: “RM5.90 Je, Bau Masam Auto Hilang” – Mesin Pencuci Helmet Di TBG Mall Raih Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/mesin-cuci-helmet-2-698x1024.jpeg)
![Image from: “RM5.90 Je, Bau Masam Auto Hilang” – Mesin Pencuci Helmet Di TBG Mall Raih Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/mesin-cuci-helmet-3-662x1024.jpeg)
![Image from: “RM5.90 Je, Bau Masam Auto Hilang” – Mesin Pencuci Helmet Di TBG Mall Raih Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/mesin-cuci-helmet-4-707x1024.jpeg)
![Image from: “RM5.90 Je, Bau Masam Auto Hilang” – Mesin Pencuci Helmet Di TBG Mall Raih Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/mesin-cuci-helmet-6-681x1024.jpeg)
![Image from: “RM5.90 Je, Bau Masam Auto Hilang” – Mesin Pencuci Helmet Di TBG Mall Raih Perhatian [Video]](https://buzzkini.my/wp-content/uploads/2026/05/mesin-cuci-helmet-7-1024x789.jpeg)
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Helmet Motor Kena Curi Di Parkir Hospital, Pemilik Harap Si Pelaku Diberi Hidayah
Baca Artikel Berkaitan: “Baru Nak Sedih” – Insiden Helmet ‘Terbang’ Semasa Pemuda Tumpangkan Warga Emas Raih Perhatian [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Kononnya Nak Buat Video ‘Healing’, Sekali Visor Helmet Tercabut Buat Ramai Geli Hati [Video]
