RM500,000 untuk Program Ziarah Ramadan Kuala Penyu

LocalPolitics
16 Mar 2025 • 3:48 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Iskandar Dzulkifli

KUALA PENYU: Seramai 3,314 Ketua Isi Rumah (KIR) terdiri daripada masyarakat Islam di kawasan ini menerima bantuan tunai dan bakul makanan sumbangan wakil rakyat Kuala Penyu, Datuk Limus Jury di Program Ziarah Ramadan, di sini, Jumaat.

Sumbangan tahunan itu turut melibatkan 1,136 golongan asnaf dan kurang bernasib baik bagi mengurangkan beban mereka sempena Ramadan dan Aidilfitri yang bakal menjelang.

Tidak ketinggalan, semua pengerusi serta imam masjid dan surau di seluruh daerah ini termasuk kakitangan Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Sabah (Jheains) turut menerima sumbangan wang tunai.

Limus, yang juga Pembantu Menteri Kerja Raya berkata, kira-kira RM500,000 diperuntukkan untuk program itu bagi meraikan masyarakat Islam di kawasan tersebut setiap tahun.