RM6.27 juta untuk Jhewa galak kesaksamaan gender, potensi wanita

LocalPolitics
26 Nov 2023 • 3:58 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Kerajaan negeri memperuntukkan RM6.27 juta kepada Jabatan Hal Ehwal Wanita Sabah (Jhewa) untuk menggalakkan kesaksamaan gender dan memanfaatkan potensi wanita, kata Menteri Kewangan Negeri Datuk Seri Masidi Manjun.

“Kerajaan Negeri memberi jaminan bahawa wanita mendapat peluang dan faedah yang sama rata.

“Justeru, peruntukan untuk Jhewa ini diharap dapat digunakan untuk mengurus dan meningkatkan kesejahteraan wanita melalui pelbagai program pembangunan modal insan,” katanya.