RM60,000 untuk komuniti gereja Membakut

LocalPolitics
15 Dec 2024 • 3:36 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Iskandar Dzulkifli

MEMBAKUT: Komuniti gereja dan masyarakat Kristian di sini menerima sumbangan Krismas sebanyak RM60,000 daripada Adun Membakut Datuk Dr Ariffin Arif, dalam satu majlis pada Jumaat.

Daripada jumlah itu, RM21,000 disumbangkan untuk gereja, RM16,200 kepada pemimpin gereja dan RM8,100 sumbangan bagi anak yatim yang menyambut Krismas dari seluruh daerah ini.

AdvertisementMajlis Gereja Daerah Membakut turut menerima peruntukan tahunan khas tahunan sebanyak RM15,000 dalam majlis itu yang diadakan di Dewan Terbuka Pekan Membakut, di sini.

Ariffin, yang juga Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi berkata, sumbangan pihaknya itu merupakan acara tahunan sempena Krismas bagi meraikan masyarakat khususnya pemimpin dan komuniti gereja di kawasan itu.

View Original Article