“RM60 Je..” – Kim Seonho Dedah Terima Gaji Rendah Ketika Mula Berlakon

Entertainment
24 Jul 2024 • 10:52 AM MYT
KimchiDaily
KimchiDaily

Kpop malay site consists of entertainment news, hot topics related to Korea

Bukan senang tau untuk Kim Seon-ho menjadi pelakon popular seperti sekarang.

Baru-baru ini, Kim Seon-ho telah terlibat dengan satu temu bual di mana dia menceritakan tentang pendapatan rendahnya waktu dia mula berlakon. Katanya,

Gaji saya rendah. Ketika saya melakukan teater untuk ‘Sherlock’, saya hanya memperoleh 18,000 won (RM60.75) untuk setiap persembahan.

image is not available

Mengimbau kembali kehidupannya dahulu, lelaki itu berkongsi,

Selepas membayar perbelanjaan kereta, makanan dan bil telefon, tiada banyak lagi yang tinggal untuk hidup. Tetapi saya tinggal bersama ibu bapa saya ketika itu dan berasa gembira untuk mengejar impian saya. Mungkin ia agak naif tetapi ketika itu, ia lebih kepada kegembiraan daripada wang.

Fighting Kim Seon-ho!

Jom ‘Like’ dan ‘Follow’ Facebook, Twitter, Instagram dan Telegram KimchiDaily untuk mendapatkan berita Korea paling latest yang sensasi.