RM68.28 juta cegah banjir, hakisan

26 Jan 2024 • 1:23 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Tuaran: Kerajaan Sabah menyediakan peruntukan sebanyak RM68.28 juta tahun ini untuk melaksanakan projek menangani dan mencegah banjir, program penstabilan dan pencegahan hakisan tebing sungai serta pantai di Sabah.

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata, projek pencegahan banjir dan hakisan itu akan dilaksanakan di pelbagai lokasi seluruh negeri, terutamanya kawasan berisiko banjir.

“Usaha ini adalah untuk memastikan kebajikan dan kesejahteraan rakyat pada tahap yang lebih selesa.

“Projek pertahanan tebing sungai yang akan dilaksanakan di kawasan Pekan Tuaran, merupakan antara usaha yang diambil oleh kerajaan untuk mencegah hakisan tebing sungai, bagi memastikan fungsi sungai itu sebagai saliran dan takungan banjir dapat dikekalkan.

SPONSORED CONTENT RM20bil green steel project: Sabah on its way to adopting green technology, says Hajiji Kota Kinabalu: Chief Minister Datuk Seri Hajiji Noor said Sabah is well on its way to fully adopting the green technology revolution with a RM20 billion green steel project at the Sipitang Oil and Gas Industrial Park (Sogip). Read more “Pada masa sama, projek yang mengambil masa dua tahun untuk disiapkan ini, sudah pasti mampu menghalang fenomena hakisan tebing pada masa akan datang,” katanya pada Majlis Pecah Tanah Bagi Projek Kerja-Kerja Pertahanan Tebing Sungai Tuaran di tapak projek itu di sini, Khamis.

Beliau berkata, projek yang dilaksanakan di tebing Sungai Tuaran itu unik kerana ia bukan hanya untuk mengukuhkan tebing sungai, malah turut mengambil kira keperluan untuk mengindahkan persekitaran Sungai Tuaran di Pekan Tuaran.

Menurutnya, pengindahan sungai itu akan memberi manfaat lain khususnya untuk membolehkan aktiviti rekreasi seperti riadah, joging, memancing atau lokasi penganjuran aktiviti di samping dijadikan tempat baharu kunjungan awam di Pekan Tuaran.

“Justeru saya mahu Jabatan Pengairan dan Saliran Sabah selaku agensi pelaksana projek ini dapat menguruskan projek ini sebaiknya dan disiapkan dalam tempoh yang ditetapkan.

“Saya berharap agensi-agensi berkenaan dapat menyatupadukan usaha agar kecantikan kawasan ini mampu dijaga dan fasiliti yang dibina akan diselenggara dengan sebaiknya selepas siap kelak,” tegasnya.

Hajiji menambah, sungai mempunyai banyak kegunaan dalam kehidupan seharian, selain sebagai sumber air utama bagi bekalan air minuman, ia juga untuk kegunaan lain seperti pertanian dan industri.

Sungai juga merupakan habitat utama bagi flora dan fauna merangkumi pelbagai jenis tumbuh-tumbuhan akuatik dan spesis ikan serta haiwan akuatik yang lain.

Mengulas lanjut, beliau berkata di beberapa lokasi di Sabah, sungai masih lagi digunakan sebagai jalan penghubung utama bagi masyarakat untuk bergerak dari satu kawasan ke kawasan lain.

Beliau berkata, sungai tidak terkecuali terkesan daripada tekanan luaran yang boleh memudaratkan bukan sahaja kuantiti dan kualiti airnya tetapi juga fungsi ekosistemnya.

Di bahagian hilir sesebuah sungai terutamanya, kejadian pencemaran semakin bertambah akibat pelbagai faktor termasuklah tahap kekeruhan air yang semakin meningkat akibat tindakan membuang sampah-sarap.

“Justeru, projek yang kita lancarkan amat penting sebagai wadah berkaitan kepentingan sungai kepada masyarakat serta meningkatkan kesedaran tentang pentingnya mengekalkan fungsi sungai kepada semua lapisan masyarakat bukan sahaja di Tuaran, tetapi juga di seluruh Sabah,” jelasnya.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.