RM75.68 juta tunggakan cukai belum dibayar kepada DBKK

31 Jan 2024 • 2:37 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

Kota Kinabalu: Penduduk Bandaraya belum membayar tunggakan cukai berjumlah RM75.68 juta kepada Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) setakat Selasa.

Mayor Kota Kinabalu Datuk Seri Dr Sabin Samitah (gambar) berkata, jumlah itu termasuk cukai kadaran sebanyak RM54.3 juta, faedah RM19.21 juta dan bayaran notis sebanyak RM2.16 juta.

Tahun lepas, beliau berkata DBKK telah memfailkan 11 notis tuntutan cukai berjumlah RM30,485.73 serta tujuh kes saman bagi tindakan perintah pelaksanaan berjumlah RM64,518.24.

“Pada tahun sama, sebanyak 68 kes yang difailkan di mahkamah bagi kes pada tahun-tahun sebelumnya berjaya diselesaikan dengan jumlah kutipan RM634,051.52.

SPONSORED CONTENT Mengalum for world’s first net ­zero carbon island resort Taiwan’s Sinyi Group is on track to unveil the world’s first unique net zero carbon island resort on Mengalum Island. . Read more “DBKK menggalakkan semua pembayar cukai (pembayar kadar) menjelaskan cukai kadaran masing-masing dengan segera, bagi mengelak dikenakan faedah dan tindakan undang-undang,” katanya pada sidang media selepas majlis ramah mesra Mayor bersama media, di sini malam Isnin.

Turut hadir Ketua Pengarah DBKK Junaina Abbe, Presiden Persatuan Wartawan Sabah Datuk Muguntan Vanar, beberapa ketua pengarang media massa dan elektronik serta wartawan kanan selain Timbalan Ketua Pengarah DBKK.

Bagi menggalakkan pembayaran tunggakan cukai (kadar taksiran), Dr Sabin berkata diskaun 75 peratus ke atas bayaran faedah serta notis pemberitahuan akan diberikan untuk suku tahun pertama, dengan syarat pembayaran cukai tunggakan dibayar sekali gus.

Beliau berkata rebat sebanyak lima peratus terhadap cukai tahun semasa diberikan sekiranya pembayar membayar cukai kadaran tahun semasa sekali gus pada atau sebelum 31 Mac 2024,” katanya.

Menjawab satu soalan, Dr Sabin berkata DBKK mempunyai rancangan untuk menambah bilangan pemasangan kamera litar tertutup (CCTV) di kawasan Bandaraya atas sebab keselamatan.

Sehubungan itu, beliau berkata mereka berharap kerajaan negeri mempertimbangkan permohonannya bagi mendapatkan pembiayaan untuk memasang lebih banyak CCTV di sini.

* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.

* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.