Kota Kinabalu: Kota Kinabalu: Kementerian Pembangunan Luar Bandar (KPLB) memperuntukkan sebanyak RM 8.26 juta bagi tujuan lampu jalan kampung (LJK) dan bekalan elektrik luar bandar (BELB) dapat dilaksanakan sekaligus memberi manfaat kepada 1.24 juta orang penduduk di negeri ini.
Ketua Setiausaha KPLB, Datuk Ramlan Harun berkata, menerusi peruntukan tersebut, sebanyak RM 5.96 juta diperuntukkan bagi Program Pemasangan LJK dan RM 2.30 juta untuk pembaikan Stesen Janakuasa Diesel Penyusunan Semula Kampung (PSK) Kampung Balat dan Kampung Litang di Daerah Kinabatangan, dengan Sabah Electricity Sdn. Bhd (SESB) dilantik sebagai kontraktor projek.
