RM813.4 juta kepada PMKS, koperasi Sabah tahun lepas

LocalBusiness & Finance
12 Feb 2025 • 3:24 PM MYT
Daily Express
Daily Express

Daily Express Online (Malaysia) is Sabah's top-ranked & most viewed English news site. It is also Sabah's leading & most circulated daily English newspaper.

image is not available

By: Noor Zafira Zayn

Kota Kinabalu: Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (Kuskop) menyalurkan sejumlah RM813.4 juta kepada 53,395 perusahaan mikro, kecil dan sederhana (PMKS) serta koperasi di Sabah sepanjang 2024.

Menterinya Datuk Ewon Benedick berkata pembiayaan itu disalurkan melalui agensi Kuskop antaranya Amanah Ikhtiar Malaysia (Aim), Tekun Nasional, Bank Rakyat, SME Bank, SME Corp, Perbadanan Nasional Berhad (Pernas) dan Suruhanjaya Koperasi Malaysia (SKM).

AdvertisementSelain itu, Institut Keusahawanan Negara (Insken) juga melaksanakan 41 program latihan dan bimbingan keusahawanan, memanfaatkan 1,585 usahawan.

“Kuskop turut memperkenalkan program khas Ehsan@Kuskop untuk membantu usaha menoktahkan kemiskinan di Sabah, dan bagi tujuan itu, Yayasan Bank Rakyat menyalurkan peruntukan sebanyak RM3 juta bermula tahun ini.

SPONSORED CONTENT How Spritzer’s silica rich natural mineral water makes your skin healthier When it comes to skincare, the first thought on our minds would be beauty products such as serums, creams, and masks. However, beauty experts and even researchers have stated that drinking more water can be just as crucial for your skin's health. Read more “Antara daerah awal untuk projek rintis kita ini adalah daerah yang dikenalpasti mempunyai daftar kemiskinan tinggi iaitu Kudat, Kota Marudu dan Kota Belud.

“Usaha juga sedang digerakkan untuk menyediakan bantuan pendidikan kepada pelajar sekolah dalam kalangan pendaftar e-Kasih terutama di tiga daerah berkenaan,” katanya.

AdvertisementBeliau berkata demikian ketika berucap pada majlis Malam Apresiasi Media Sabah 2025, di sini pada Isnin malam.

Menurut Ewon, yang juga Ahli Parlimen Penampang dan Adun Kadamaian itu, daripada jumlah keseluruhan pembiayaan yang disalurkan di Sabah sepanjang tahun lalu, jumlah pembiayaan di Parlimen Penampang sebanyak RM20.95 juta yang memberi manfaat kepada 478 usahawan PMKS dan Koperasi.

Advertisement“Manakala bagi kawasan Kadamaian pula, sebanyak RM16.58 juta telah disalurkan kepada 1,683 usahawan dan PMKS, sepanjang tahun lalu,” katanya.

Ewon berkata Kuskop telah memperkenalkan Dasar Pandang Ke Timur Dalam Negara: Perspektif Kuskop untuk memberi fokus tambahan kepada Sabah dan Sarawak.

“Tanpa menjejaskan fokus sedia ada kementerian ini di seluruh negara, Kuskop telah menggariskan fokus tambahan untuk Malaysia Timur iaitu Sabah dan Sarawak, terutamanya dalam konteks pembangunan keusahawanan.

“Oleh itu, antara inisiatif baharu yang diperkenalkan oleh Kuskop khususnya untuk usahawan PMKS di Sabah ialah Projek Premis Tamu Desa, Skim Pembiayaan Usahawan Tamu dan Geran Usahawan Bumiputera Sabah dan Sarawak di bawah Program Peningkatan Enterpris Bumiputera (BEEP) PLUS,” katanya.

Beliau berkata, sepanjang tahun lalu juga, sebanyak 54 tapak Tamu Desa dibina baharu dan dinaiktaraf di seluruh Sabah dengan jumlah peruntukan sebanyak RM10,286,998.36.

“Beep Plus berjumlah RM8.39 juta memberi manfaat kepada 113 syarikat dan Sput sebanyak RM3,563,000 dengan 893 usahawan menerima pembiayaan daripada skim itu.

“Daripada aspek mekanisme penyelarasan, Kuskop telah mengukuhkan kerjasama dengan Kerajaan Sabah melalui pembentukan Jawatankuasa Penyelarasan Pembangunan Keusahawanan Sabah dan Majlis Pembangunan Usahawan, Koperasi, Penjaja dan Peniaga Kecil Peringkat Daerah.

“Di samping itu, bagi meningkatkan capaian maklumat, agensi Kuskop seperti Insken, Pernas, Bank Rakyat, Tekun Nasional dan SKM telah membuka dan meningkatkan bilangan cawangan agensi masing-masing di Sabah, termasuk cadangan pembukaan hab PMKS di Sabah oleh SME Corp,” katanya.

Dalam pada itu, Ewon turut menghargai peranan media dalam menghebahkan semua inisiatif kerajaan khususnya Kuskop kepada masyarakat.

“Komuniti PMKS adalah tonggak kepada ekonomi negara, dengan menyumbang kepada 39.1 peratus Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dan menggaji seramai 7.86 juta pekerja.

“Oleh itu, selaras dengan statistik ini, Kuskop adalah kementerian penting dan usahawan serta koperasi meletakkan harapan tinggi kepadanya.

“Justeru, saya melihat kerjasama kementerian ini dengan pengamal media sangat penting dalam membantu meningkatkan hebahan dan penyampaian perkhidmatan Kuskop,” katanya.

Ewon turut menyampaikan sijil penghargaan kepada semua agensi media yang dijemput dan membantu dalam hebahan penyampaian perkhidmatan Kuskop.