Sedar ataupun tidak, Internet sudah pun menjadi suatu kepentingan dalam kehidupan seharian kita. Dimana ia dapat membantu kelancaran aktiviti seperti bekerja, belajar, menikmati hiburan ataupun berhubung dengan orang lain. Oleh sebab itu, pemilihan pakej Internet yang serba lengkap adalah penting bagi mengelakkan pelbagai masalah yang tidak diingini. Sebagai contoh, pakej dengan kelajuan tinggi tetapi menggunakan penghala (router) yang tidak sesuai, ataupun situasi lebih teruk adalah pakej dengan harga yang tidak masuk akal.

Bagi menyelesaikan masalah yang disebutkan tadi, Time Fibre Home menawarkan Pakej Lengkap Kabel Besar. Tentu anda tertanya-tanya, apakah yang membuatkan pakej ini menjadi serba lengkap untuk kegunaan harian? Jadi, teruskan bersama kami sehingga ke penghujung artikel untuk tahu lebih lanjut.
Selari Dengan Namanya, Pakej Yang Cukup Lengkap
Kalau bercakap tentang pakej Internet, tentulah kelajuan Internet merupakan ciri pertama yang perlu diambil kira. Oleh itu, Pakej Lengkap Kabel Besar membawakan Internet berkelajuan tinggi 600Mbps. Melaluinya, anda tidak perlu risaukan masalah kehilangan sambungan Internet atau ketidakstabilan yang dapat mengganggu momentum semasa membuat kerja, menonton hiburan, malah bermain permua.
Apabila bercakap tentang kelajuan 600Mbps sebegini, apakah perkara pertama yang terlintas di fikiran? Kami yakin, perkara pertama yang muncul dalam fikiran anda adalah tentang harga. Mungkin ada juga tanggapan bahawa untuk kelajuan 600Mbps ini, mesti mahal harga langganannya, bukan? Tetapi anda tidak perlu risau kerana Pakej Lengkap Kabel Besar ini bukan saja pada kelajuan yang tinggi tetapi juga pada harga yang amat berpatutan. Dimana ia ditawarkan pada harga istimewa untuk masa terhad, iaitu hanya RM99 untuk 6 bulan pertama. Ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan beban kewangan anda. Bukan itu sahaja, setiap pendaftaran di laman web rasmi akan mendapat bil percuma untuk bulan pertama.

Apa yang lebih menarik lagi, anda juga turut menerima penghala (router) WiFi 6 serta peranti mesh bernilai RM798 secara percuma. Melaluinya, ia berfungsi untuk memberikan kelajuan lebih tinggi, liputan WiFi yang lebih luas dan keupayaan untuk sambungan kepada lebih banyak peranti. Kelebihan seperti ini sekaligus menjadikan pakej ini memang seperti namanya – Pakej Lengkap Kabel Besar. Memang berbaloi kerana penawaran Internet berkelajuan tinggi serta penghala (router) WiFi 6 dan peranti mesh percuma pada harga yang mesra poket.
Kelebihan Lain Yang Anda Boleh Dinikmati
Kami yakin ada diantara anda yang gemar menstrim filem atau siri kegemaran nak-nak lagi ketika makan, bukan? Tentu anda pernah mengalami situasi dimana, babak menarik tiba-tiba menjadi tersekat atau lebih teruk lagi, paparan menjadi statik. Mesti anda rasa kecewa kerana makanan dah habis tetapi filem yang anda tonton masih di minit ke-10. Jadi, pengalaman menonton anda terganggu, bukan? Oleh sebab itu, Pakej Lengkap Kabel Besar membolehkan anda menikmati filem dan rancangan kegemaran dalam kualiti definisi tinggi atau 4K tanpa perlu risaukan paparan tersekat. Melalui pakej ini juga, anda boleh bermain permua dengan lebih yakin untuk menang dan tanpa lengah masa.

Tidak berhenti di situ, rangkaian WiFi yang ditawarkan oleh Time ini juga, mampu menyokong banyak peranti yang disambungkan serentak. Disini kita boleh nampak bahawa pakej ini sesuai untuk rumah atau keluarga yang mempunyai banyak peranti seperti telefon bimbit, tablet, komputer riba dan sebagainya. Secara tidak langsung, ia memastikan setiap sudut rumah anda mempunyai sambungan Internet yang laju dan konsisten. Jadi, Pakej Lengkap Kabel Besar ini memberi peluang untuk anda menikmati penstriman, bermain permua atau bekerja dari rumah tanpa gangguan.
Disertakan Sekali Dengan Khidmat Pelanggan
Untuk memastikan anda menikmati pengalaman melanggan pakej yang berkualiti, Time menyediakan sokongan pelanggan yang sentiasa tersedia sepanjang masa. Mereka akan membantu menyelesaikan sebarang masalah Internet melalui fungsi diagnostik dalam aplikasi Time Fibre Home atau Self Care. Anda juga boleh menghubungi mereka melalui Live Chat atau talian bantuan di 1800-18-1818. Dimana ia dikendalikan oleh pasukan khidmat pelanggan yang mesra dan profesional.

Dengan Pakej Lengkap Kabel Besar ini juga, pemasangan percuma juga turut diberikan. Dimana, Time menawarkan perkhidmatan pemasangan percuma oleh juruteknik yang berpengalaman. Jadi, anda tidak perlu risau tentang servis seperti pemasangan atau peranti. Waktu pemasangan juga dilanjutkan sehingga jam 8 malam pada hari kerja dan jam 4 petang pada hujung minggu. Jadi, anda boleh pilih masa yang bersesuaian dengan jadual anda.
Kesimpulan
Kesimpulannya, Pakej Lengkap Kabel Besar ini adalah berbaloi untuk anda pertimbangkan. Ini kerana dengan hanya RM99 untuk 6 bulan pertama, anda boleh menikmati Internet berkelajuan tinggi untuk bekerja dari rumah, penstriman hiburan kegemaran, malah bermain permua. Ini sekaligus menjadikan pakej ini sesuai buat anda yang sudah berkeluarga.

Di kesempatan ini, Time Fibre Home juga turut menawarkan pakej dengan kelajuan Internet yang berbeza selain 600Mbps seperti 200Mbps, 1Gbps dan 2Gbps. Jika anda berminat untuk melanggan Pakej Lengkap Kabel Besar ini, anda boleh membuat pendaftaran terus di laman web rasmi Time untuk mendapatkan bulan pertama percuma. Tawaran ini adalah terhad dan tertakluk kepada terma dan syarat. Tunggu apa lagi? Cepat-cepat pergi langgan sekarang.
Penafian : Advertorial daripada TIME
