
Kota Kinabalu: Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK-13) bertujuan untuk menghasilkan pembangunan yang mampan dan memastikan Sabah bergerak maju ke arah mencapai matlamat sosioekonominya melalui pembaharuan dan intervensi yang disasarkan, kata Menteri Ekonomi Rafizi Ramli.
Menurut beliau, RMK-13 merupakan rangka kerja lima tahun yang penting, bukan sahaja untuk Malaysia secara keseluruhan tetapi juga bagi setiap negeri.
AdvertisementKatanya, selain perbincangan mengenai pertumbuhan ekonomi dan peluang, RMK-13 memberi tumpuan kepada pengurangan jurang dalam masyarakat dan menangani ketidakseimbangan antara wilayah.
“Sesi libat urus, seperti yang diadakan bersama Kerajaan Sabah, memainkan peranan penting. Keutamaan Kerajaan Persekutuan untuk merapatkan jurang pembangunan bermakna Sabah kekal menjadi tumpuan utama untuk menerima peruntukan yang besar.
SPONSORED CONTENT Shell Sabah Deepwater Production Manager Earns Unsung Hero Award Daily Express had the opportunity to interview Musti whose story reflects the power of determination and resilience. Read more “Namun, Kerajaan Persekutuan dan Negeri komited untuk memastikan pelaksanaan rancangan ini berjalan dengan berkesan dan tepat pada masanya. Paling penting, hasil dan manfaatnya mesti sampai terus kepada rakyat.
“Saya berterima kasih kepada Kerajaan Sabah atas pendekatan kolaboratif mereka. Kerjasama ini antara Kerajaan Persekutuan dan Negeri memastikan kita mencapai matlamat bersama untuk merapatkan jurang pembangunan.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});“Dengan fokus dan kerjasama yang berterusan, saya percaya kita dapat memberikan hasil yang lebih baik untuk rakyat Sabah,” katanya dalam sidang media selepas pembukaan Sesi Libat Urus RMK-13 Peringkat Persekutuan – Sabah di Pacific Sutera Harbour di sini pada Khamis.
Rafizi turut menegaskan bahawa satu isu mendesak adalah bajet yang tidak dimanfaatkan sebaiknya dan dan kelewatan projek di Sabah. Untuk menangani masalah ini, RMK-13 memperkenalkan beberapa pembaharuan bagi menyelaraskan proses dan mengatasi cabaran operasi.
Advertisement (adsbygoogle = window.adsbygoogle || []).push({});Beliau berkata, cabaran seperti isu tanah merupakan penyumbang utama kepada kelewatan projek. Dalam rancangan sebelumnya, kelulusan sering diberikan tanpa memastikan ketersediaan tanah, menyebabkan kelewatan apabila isu pengambilan tanah timbul di tengah-tengah projek.
Untuk menangani masalah ini, beliau berkata, kajian kebolehlaksanaan dan kerja-kerja persediaan kini akan dibiayai terlebih dahulu bagi memastikan semua isu kritikal, seperti ketersediaan tanah, diselesaikan sebelum projek mendapat kelulusan penuh.
Selain itu, cabaran penyelarasan antara Persekutuan dan Negeri, seperti pertindihan pemilikan tanah antara Pesuruhjaya Tanah Persekutuan dan Kerajaan Negeri, sedang ditangani.
Pemohon kini dikehendaki menyemak silang projek yang dicadangkan dengan bank tanah Persekutuan dan Negeri yang sedia ada sebelum memohon kelulusan.
Sehubungan itu, Hajiji berharap inisiatif kerajaan Persekutuan untuk merapatkan jurang pembangunan antara wilayah dan memperkukuhkan pembangunan sosioekonomi di Sabah, seperti yang dilaksanakan dalam RMK-12, dapat diteruskan dan diperkasakan lagi melalui RMK-13.
“Dengan kerjasama berterusan antara kerajaan Persekutusan dan negeri dalam merealisasikan usaha ini, saya yakin kita mampu menyediakan peluang yang setara kepada semua rakyat Sabah untuk menikmati kemajuan dan kesejahteraan yang lebih baik,” katanya.
Hajiji juga berkata Sabah merupakan penyumbang keenam kepada Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) nasional dengan nilai sebanyak RM83.2 billion atau 5.3 peratus daripada keseluruhan KDNK negara pada 2023.
Menurutnya, dengan potensi ekonomi yang luas dan sumber daya yang tersedia, Sabah sebenarnya mempunyai kapasiti untuk meningkatkan lagi prestasi ekonomi negeri dan mampu memberikan sumbangan yang lebih signifikan kepada KDNK nasional.
“Bagi memperkasa ekonomi negeri, tumpuan utama kerajaan kini adalah untuk mewujudkan persekitaran yang kondusif bagi perkembangan sektor perniagaan dan pelaburan serta memacu aktiviti ekonomi berimpak tinggi.
“Dalam usaha mencapai matlamat ini, penekanan diberikan bagi membangunkan lebih banyak aktiviti hiliran dalam industri-industri utama, termasuk biojisim, kelapa sawit serta minyak dan gas. Dengan menggalakkan pengembangan sektor-sektor ini, Sabah berpotensi untuk mencipta lebih banyak peluang pekerjaan dan meningkatkan taraf hidup rakyatnya”, tegasnya.
Dalam konteks penyediaan inisiatif dan projek pembangunan di bawah RMK-13, Hajiji menekankan kepentingan membabitkan kementerian, jabatan dan agensi Sabah secara lebih proaktif, bermula seawal fasa perancangan projek.
“Dengan penglibatan awal ini, kita dapat memastikan pelaksanaan projek yang benarbenar memenuhi keperluan negeri dapat diberi keutamaan.
“Selain itu, kolaborasi bersama agensi negeri dalam menentukan projek pembangunan di bawah biayaan Persekutuan juga dapat meningkatkan potensi kebolehlaksanaan projek kerana isu-isu seperti ketersediaan tapak dan utiliti, serta cadangan intervensi yang sesuai dapat dikenal pasti di peringkat awal.
“Dengan penyelarasan bersama, kita dapat memastikan setiap projek pembangunan yang dilaksanakan di Sabah berjalan dengan lancar dan mencapai matlamat yang ditetapkan,” katanya.
Menteri Ekonomi Rafizi Ramli, Menteri Pembangunan Luar Bandar Datuk Jahid Jahim, Menteri Pembangunan Komuniti dan Kesejahteraan Rakyat Datuk James Ratib, serta Setiausaha Kerajaan Negeri Datuk Seri Sr Safar Untong, antara lain, turut hadir.

