RMK12: Kerajaan Perpaduan Luluskan 436 Projek Bernilai RM22.17 Bilion Di Kelantan

17 Jun 2023 • 8:39 PM MYT
Getaran
Getaran

Menampilkan laporan semasa & terkini yang mencakupi pelbagai aspek kehidupan

image is not available
Nik Nazmi (kiri) melihat pelan lokasi pembinaan ketika melakukan lawatan ke Projek Pembangunan Persekutuan di Pulau Teluk Renjuna hari ini. - Gambar Bernama

TUMPAT - Kerajaan Perpaduan melalui Kementerian Ekonomi telah meluluskan 436 projek dan program bagi pelaksanaan di bawah Rolling Plan Ketiga (RP3) Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi negeri Kelantan.

Pengerusi Bersama Majlis Tindakan Pembangunan Negeri (MTPNg) Kelantan Nik Nazmi Nik Ahmad berkata jumlah itu merangkumi peruntukan RM2.57 bilion tahun ini bagi pelaksanaan projek yang telah diluluskan.

"Kesemua 436 projek dan program itu melibatkan peruntukan keseluruhan RM22.17 bilion," katanya pada sidang media selepas melawat Projek Pembangunan Lembangan Sungai Bersepadu (PLSB) Sungai Kelantan di Teluk Renjuna di sini hari ini.

Pada lawatan tersebut, Nik Nazmi turut menyerahkan peruntukan di bawah Projek Mesra Rakyat  sebanyak RM30,000 bagi tujuan penyelenggaraan Klinik Kesihatan dan RM30,000 untuk pembaikan bumbung masjid di Teluk Renjuna.

Mengulas lanjut, Nik Nazmi yang juga Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim berkata bagi jajahan Tumpat, RM88.82 juta telah diluluskan merangkumi 23 projek dengan kos pembangunan keseluruhan berjumlah RM1.04 Billion.

"Daripada jumlah tersebut, tujuh projek baharu diluluskan di jajahan ini dengan kos keseluruhan RM240.4 juta," katanya. - Bernama