RMK13 Buka Laluan Baharu! KPT Sedia Perkasa Pendidikan Tinggi Negara

LocalPolitics
31 Jul 2025 • 10:22 PM MYT
Borak Daily
Borak Daily

Curious & progressive. Bringing you the latest lifestyle & entertainment news

Pembentangan Rancangan Malaysia Ketiga Belas (RMK13) oleh YAB Perdana Menteri, Dato’ Seri Anwar Ibrahim nyata mendapat sambutan positif daripada Kementerian Pendidikan Tinggi (KPT).

image is not available

Pendidikan tinggi terus diperkasa

Menerusi kenyataan rasmi, KPT menyatakan komitmen penuh untuk memperkasakan sektor pendidikan tinggi negara mengikut hala tuju baharu berasaskan kerangka Malaysia MADANI.

“Pembentangan RMK13 secara jelas menyentuh keperluan pembangunan modal insan holistik, pengukuhan sistem pendidikan tinggi, serta penerapan nilai-nilai MADANI dalam membina negara bangsa yang berdaya saing, progresif dan inklusif,”

image is not available

Fokus RMK13 sektor pendidikan tinggi termasuk TVET

Antara fokus utama RMK13 yang turut melibatkan sektor ini termasuk pemerkasaan TVET, digitalisasi pembelajaran, pengantarabangsaan universiti serta pembangunan penyelidikan berimpak tinggi.

Perkara ini pastinyabakal membuka lembaran baharu buat sistem pendidikan tinggi di Malaysia.

image is not available

image is not available

Pendidikan tinggi pemacu ekonomi

Sebagai peneraju utama dalam memacu pendidikan tinggi negara, KPT menegaskan bahawa mereka komited untuk melaksanakan peranan secara menyeluruh dalam menjayakan matlamat RMK13.

Kementerian juga akan mempergiat usaha dalam memperkukuh tadbir urus, merasionalisasi fungsi institusi, meningkatkan keberhasilan pendidikan, memperkasa pembelajaran sepanjang hayat serta memantapkan ekosistem TVET.

“KPT akan terus melaksanakan dasar dan inisiatif berpaksikan nilai murni dan keperluan rakyat.
“Pendidikan tinggi bukan sahaja pemacu ekonomi, tetapi juga tunjang pembinaan masyarakat berilmu dan beretika tinggi.”

image is not available

image is not available

Artikel lain: RMK13 : Kerajaan Akan Perluas Gaji Minimum Buat Graduan, Pekerja Separa Mahir

Dalam masa sama, KPT turut menyeru semua pihak sama ada institusi pendidikan tinggi, agensi, industri mahupun masyarakat untuk turut serta menjayakan RMK13 demi masa depan negara yang lebih gemilang.