Kanser penyebab kematian kedua tertinggi Di Malaysia

6 Jan 2020 • 8:33 AM MYT
Sinar Harian
Sinar Harian

Portal berita nombor 1 di Malaysia

TAHUKAH anda, kanser merupakan penyebab kematian kedua tertinggi di dunia dan di Malaysia pada tahun 2018?

Kanser menyumbang kepada 9.6 juta kematian di dunia dan 16 ribu kematian di Malaysia.

Laporan terkini menunjukkan terdapat peningkatan bilangan kes baharu yang dikesan dalam tempoh 2012 hingga 2016 iaitu 115,238 kes berbanding dengan 103,507 kes bagi tempoh 2007 hingga 2011 dengan kadar insiden sebanyak 86 kes bagi setiap 100,000 populasi lelaki dan 102 kes bagi setiap 100,000 populasi perempuan.

10 kanser paling kerap dalam kalangan rakyat Malaysia :

1. Payudara

2. Kolorektal (Usus)

3. Paru-paru

4. Limfoma

5. Nasopharyxn

6. Leukemia

7. Kalenjar prostat

8. Hati

9. Servik

10. Ovari

Mengikut jantina :

- Lelaki

1. Kolorektal

2. Paru-paru

3. Kalenjar Prostat

- Wanita

1. Payudara

2. Kolorektal

3. Servik

- Remaja (15 hingga 24 tahun)

1. Limfoma

- Kanak-kanak (0 hingga 14 tahun)

1. Leukemia

2. Sistem saraf tunjang

Proses penyediaan laporan secara berkala lima tahun melibatkan beberapa perkara termasuk:

1. Data kanser setiap tahun perlu melalui beberapa proses pemurnian sebelum dimuktamadkan dan dianalisis untuk memastikan data adalah lengkap serta berkualiti.

2. Laporan berdasarkan data yang tidak lengkap atau tidak tepat boleh memberikan maklumat yang salah kepada pihak yang berkepentingan dan orang ramai mengenai beban sebenar kanser di Malaysia.

3. Prosedur ini menepati standard yang dipersetujui di peringkat antarabangsa (sila rujuk nota kaki).

4. Proses ini akan mengambil masa kerana merangkumi aktiviti berikut:

(a) pengesanan secara aktif dilakukan bagi memastikan semua kes bagi tahun tersebut telah dilaporkan; dan

(b) pengauditan setiap kes dilakukan agar maklumat yang dilaporkan tepat, lengkap dan tiada duplikasi.

Sumber: Institut Kanser Negara, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).


Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved