“Robocop” Kini Bertugas Di Lapangan Terbang Changi

TechnologyDigital
19 Jun 2023 • 6:09 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Filem Robocop ialah sains fiksyen mengenai penggunaan robot untuk menentang penjenayah di Detroit. Ia adalah parodi kepada kebergantungan manusia dengan teknologi di dekad 80an dan dilihat sebagai antitesis kepada Terminator. Fiksyen sains Robocop kini menjadi realiti bukan di Amerika Syarikat di negara jiran kita Singapura.

image is not available
Gambar – Singapore Police Force

Pasukan Polis Singapura memperkenalkan penggunaan robot beroda di Terminal 4 Lapangan Terbang Changi. Robot setinggi 1.7 meter ini digunakan untuk melakukan rondaan dan pemantauan keselamatan di lapangan terbang yang dinobatkan sebagai terbaik dunia. Ia dilengkapi kamera 360 darjah yang diletakkan pada sebuah tiang yang boleh dinaikkan ke ketinggian lebih dua meter.

Terdapat sistem siren, skrin LCD untuk memaparkan maklumat, skrin sesentuh untuk orang awam melaporkan insiden, sistem speaker untuk memaklumkan orang ramai dan lampu. Dua robot kini beroperasi di Changi bagi membantu polis manusia mengawal ketenteraman.

image is not available
Gambar – Singapore Police Force

Singapura telah menggunakan beberapa robot sebelum ini untuk tujuan yang sama. Ketika pandemik robot Spot oleh Boston Dyanamic digunakan untuk memastikan penjarakan sosial dipatuhi. Robot juga digunakan di Changi bagi tujuan pembersihan dan menarik bagasi penumpang daripada pesawat.