
Kota Kinabalu: Enam rumah atas air di Jalan Tanjung Aru Lama di Sembulan musnah dalam kebakaran pada tengah hari Rabu.
Jurucakap Pusat Gerakan Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah berkata, Anggota Bomba Sukarelawan Komuniti Tanjung Aru merobohkan sehingga 80 peratus rumah bersebelahan untuk menghalang api dari terus merebak.
Lebih 60 anggota Bomba dari empat balai termasuk Tuaran dikerahkan susulan panggilan kecemasan yang diterima pada jam 12.16 tengah hari.
Jurucakap itu berkata tiga daripada pegawai operasi melaporkan tiada kemalangan jiwa.
“Operasi pemadaman melibatkan enam aliran yang bersumberkan pili bomba dan enjin.
Kebakaran dapat dikawal pada jam 1.18 tengah hari dan operasi ditamatkan pada jam 3.22 petang,” kata sumber itu dalam satu kenyataan media.
* Follow us on Instagram and join our Telegram and/or WhatsApp channel(s) for the latest news you don't want to miss.
* Do you have access to the Daily Express e-paper and online exclusive news? Check out subscription plans available.

