Roborock Q8 Max Ditawarkan Di Malaysia Pada Harga RM2,199

TechnologyDigital
25 Aug 2023 • 3:39 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Roborock Q8 Max telah diperkenalkan secara rasminya di Malaysia, sekaligus melengkapkan lagi segmen produk berkenaan. Ia merupakan mesin pembersih hampagas nirwayar pintar yang turut boleh mengelap lantai secara automatik.

image is not available

Secara khususnya Roborock Q8 Max dilengkapi sistem sistem dwi-mop berputar yang diiklankan mampu membersih kotoran dengan lebih berkesan. Kuasa sedutan pula boleh mencapai pada kadar 5,500Pa yang membolehkannya proses membersih serpihan atau habuk yang lebih mudah. Dalam masa sama turut menawarkan pelbagai kebolehan pembersihan berguna seperti seperti mengosongkan tangki habuk, tangki air dan menggantikan dengan air baharu.

image is not available

Pengalaman juga menjadi lebih baik dengana adanya teknologi Reactive Tech Obstacle Avoidance terbina amat berguna dalam proses mengenali halangan lebih pantas, lalu menjadikan proses pembersihan lebih baik tanpa halangan. Ia kemudiannya dibantu pula oleh sistem PreciSense LiDAR Navigation yang akan mengimbas secara terperinci lalu menyarankan laluan yang sesuai tanpa isu tersekat pada permaidani, kabel elektrik atau kaki meja misalnya.

image is not available

Bagi yang berminat, Roborock Q8 Max ditawarkan di Malaysia pada harga RM2,199. Sesi pretampah dibuka bermula hari ini dengan harga pengenalan menarik serendah RM1,899 untuk masa terhad sehingga 23 September 2023.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved