Robot Bu Sunaidah dah tak ‘single, selamat bernikah dengan Moza

WorldTechnology
5 Aug 2026 • 9:35 AM MYT
Kosmo Online
Kosmo Online

Hub berita berintegriti dan sensasi dalam dan luar negara.

Image from: Robot Bu Sunaidah dah tak ‘single, selamat bernikah dengan Moza

DUBAI –  Robot paling terkenal di Dubai, Bu Sunaidah, mencuri tumpuan apabila berkahwin dengan sebuah lagi robot yang bernama Moza tular di media sosial, lapor agensi berita Gulf News.

Majlis tersebut menyaksikan pengantin perempuan, sebuah robot model Unitree G1, dihiasi abaya hitam bersulam emas.

Dalam hantaran di media sosial, robot Bu Sunaidah memanjatkan rasa syukur serta memuat naik ucapan terima kasih kepada rakan dan keluarga yang ‘menyerikan’ majlis berkenaan.

Walaupun majlis tersebut sekadar gimik kandungan digital dan tidak mempunyai sebarang keabsahan dari sudut undang-undang mahupun agama, strategi pemasaran berkenaan nyata membuahkan hasil. 

Dalam tempoh tiga hari, hantaran tersebut meraih lebih 41,000 tanda suka, 2,300 ulasan, serta dikongsi sebanyak 109,000 kali.

Siri hantaran ini mencetuskan pelbagai reaksi dalam kalangan warga netizen antarabangsa, sebahagian besarnya terhibur dengan perkahwinan robot berkenaan, manakala sebahagian lagi mengkritik gimik sedemikian yang dianggap keterlaluan. – AGENSI

The post Robot Bu Sunaidah dah tak ‘single, selamat bernikah dengan Moza appeared first on Kosmo Digital.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved