Robot Tandas Bergerak Dilancarkan Di China Untuk Kegunaan Warga Emas

TechnologyDigital
17 Jun 2026 • 4:00 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Semasa masih muda belia, pergi ke tandas untuk membuang air besar dan kecil adalah rutin mudah. Tetapi apabila usia semakin senja, berjalan ke tandas akan mula menjadi cabaran menyebabkan proses menyahtinja bukan lagi mudah. Sebuah robot tandas bergerak baru sahaja dilancarkan di China khusus untuk warga emas.

Image from: Robot Tandas Bergerak Dilancarkan Di China Untuk Kegunaan Warga Emas

Robot Xiaoban dilancarkan oleh syarikat Yueban di Ekspo Penjagaan Warga Tua Shanghai 2026. Robor ini boleh diseru ke katil warga tua apabila diperlukan. Tandas datang kepada pengguna dan bukan sebaliknya. Ia mempunyai sistem pembersih air suam, pengering terbina dan sistem mengawal bau busuk. Ia diseru menggunakan alat kawalan jauh atau menggunakan arahan suara.

Image from: Robot Tandas Bergerak Dilancarkan Di China Untuk Kegunaan Warga Emas

Apabila sudah digunakan, sisa kumbahan akan disalrukan terus ke dalam mangkuk tandas kekal dalam bilik air rumah. Bekalan air yang disimpan serta bateri akan dicaj semula secara automatik menggunakan dermaga khas. Bagi membolehkan ia bergerak ke lokasi pengguna, robot ini dilengkapi kamera dan LiDAR seperti robot vakum yang banyak di pasaran.

Di China Xiaoban dijual pada harga RMB 28,999 (~RM 17,500) sebuah dengan tiada perancangan menjualnya ke pasaran global lagi pada waktu ini.

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved