Robot tarik tali, pupuk minat murid dalami bidang STEM

6 Sep 2022 • 4:44 PM MYT
Sinar Bestari
Sinar Bestari

Portal Pilihan Guru-Pelajar-Sekolah serta IPTA/IPTS

image is not available

Pertandingan tarik tali antara robot jarang kita dengar, namun jika ia benar berlaku tentu menarik untuk disaksikan. Ternyata kini ia bukan angan-angan lagi.

Bersempena dengan pertandingan robotik peringkat daerah, acara tarik tali antara robot merupakan pengisian yang diadakan di Dewan Sekolah Kebangsaan (SK) Pelak, Pekan, Pahang, baru-baru ini.

Seramai 90 peserta terdiri daripada murid Tahun Lima dan Tahun Enam telah dibahagikan kepada lima kumpulan.

Menurut Guru Besarnya, Mazni Mohamed @ Ibrahim, setiap murid dibantu oleh ibu bapa masing-masing dan sokongan dilihat amat memberangsangkan.

Tambahnya, kira-kira 12 guru SK Pelak, kakitangan Universiti Malaysia Pahang (UMP) dan lebih 90 ibu bapa membantu para peserta dalam menghasilkan reka cipta robot serta susun atur bongkah.

Mazni selaku penganjur program berkenaan mengakui berpuas hati dengan kejayaan yang diraih sekolahnya. Walaupun sekolah tersebut bertaraf luar bandar, namun ia tidak wajar dijadikan sebagai batu penghalang.

Sementara itu, Pegawai Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) Pekan, Mohd Razali Mustafar berkata, kerjasama yang dijalin bersama UMP dan syarikat swasta yang berkaitan dalam bidang elektronik melicinkan lagi setiap aktiviti yang dijalankan.

Justeru, beliau berharap agar minat lebih ramai murid berminat terhadap robotik selepas ini melalui penganjuran pertandingan STEM.

Artikel berkaitan


Ikuti juga Sinar Bestari di: Facebook | Instagram | Twitter | YouTube | TikTok

View Original Article