Robot Tesla Optimus Gen 2 Lebih Ringan Dan Pantas

TechnologyDigital
13 Dec 2023 • 2:29 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Tahun lalu Tesla memasuki era robotik dengan memperlihatkan robot Optimus yang mempunyai tubuh seakan manusia. Menurut Elon, Optimus ialah robot yang akan digunakan di kilang bagi menggantikan tenaga kerja manusia. Selepas setahun menjalani pelbagai ujian, Optimus Gen 2 telah diperlihatkan hari ini dengan beberapa penambahbaikan.

Jika Optimus pertama hanyalah robot dengan rangka yang tidak kelihatan kemas, Optimus Gen 2 kini mempunyai rekaan yang nampak lebih futuristik dan aerodinamik seperti kereta keluaran Tesla. Ia kini 10 kilogram lebih ringan dan boleh bergerak 30% lebih pantas. Bahagian leher boleh bergerak dengan lebih bebas serta robot boleh mengimbangi tubuh dengan lebih baik.

image is not available

Bahagian jari juga telah ditambah baik dengan sensor yang membolehkan tekanan yang bersesuaian dikenakan tanpa merosakkan objek. Bahagian kaki kini mempunyai bahagian jari yang membolehkan ia berjalan mirip manusia.

image is not available

Dari segi kemampuan, Optimus Gen 2 masih agak perlahan dan kekok jika dibandingkan dengan robot Atlas oleh Boston Dynamic yang buka sahaja boleh berjalan ia juga boleh berlari, melompat, mengangkat barang serta melakukan balik kuang seperti seorang ahli gimnastik.

View Original Article