Robot Unitree Semakin Hampir Memecahkan Rekod 100 Meter Usain Bolt

WorldTechnology
14 Apr 2026 • 4:16 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

image is not available

Jaga-jaga manusia, masa depan robot Terminator akan dapat berlari sepantas manusia paling pantas semakin hampir. Unitree Robotics mengumumkan robot humanoid H1 keluaran mereka kini mampu berlari pada kelajuan sehingga 10.1 m/s yang hampir menyamai kelajuan Usain Bolt ketika mencatatkan rekod dunia 100m (10.44 m/s).

Robot H1 mempunyai fizikal hampir sama dengan manusia iaitu ketinggian peha dan betis sekitar 80 cm. Unitree meramalkan H1 akan dapat memecahkan rekod 100m Usain Bolt iaitu 9.58 saat menjelang pertengahan tahun ini.

China sudah mula mengusai dunia robot berbentuk humanoid selepas berjaya mengusai sektor kenderaan elektrik (EV). Tahun lalu Sukan Robot Humanoid pertama dunia telah berlangsung di China. Robot buatan China, AgiBot A2 kini memegang rekod berjalan paling jauh 106.286 km dengan liga robot bertarung seakan Real Steel ditubuhkan di Shenzhen.

View Original Article
Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved