Robotaxi Rimac Mempunyai Sistem Swapandu Tahap 4 dan Tidak Dilengkapi Stereng

TechnologyDigitalCars
29 Jun 2024 • 12:56 PM MYT
Amanz
Amanz

Amanz merupakan laman berita dunia teknologi serta ulasan peranti terkini.

Robotaxi tanpa pemandu sudah ditawarkan di China, Korea Selatan dan beberapa negeri di Amerika Syarikat. Tetapi kesemuanya adalah kereta konvensional yang diubahsuai dengan kamera, LiDAR dan kelengkapan tambahan membuatkan penggunaan ruang tidak begitu optimum. Rimac, syarikat automotif berpangkalan di Croatia telah memperlihatkan robotaxi elektrik mereka yang direka sepenuhnya untuk beroperasi tanpa pemandu.

image is not available

Robotaxi Verne mempunyai kemampuan swapandu Tahap 4 dan langsung tidak mempunyai stereng atau sebarang pedal kawalan. Sebaliknya kabin Verne boleh menempatkan dua penumpang dengan ruang kaki yang luas. Di bahagian hadapan terdapat panel gergasi 43″ yang akan memaparkan maklumat pemandu dan sistem infohibur yang boleh dikawal oleh penumpang.

image is not available

Terdapat juga skrin LCD pada sisi Verne yang akan memaparkan nama pelanggan yang menempahnya. Dengan ini tidak timbul isu tersalah menaiki robotaxi. Menerusi aplikasi khas, pelanggan boleh menempah perjalanan, mengawal suhu pendingin hawa, memainkan lagu yang ingin didengari dan mengawal bau wangian dalam kabin.

image is not available

Teknologi LiDAR dan kamera MobileEye digunakan sebagai deria sistem swapandu. Rimax Verne akan memulakan operasi di bandar Zagre, Croatia pada tahun 2026 dengan perancangan mengembangkannya ke 11 lagi bandar selepas di masa hadapan.