"Rock Garden & Himalaya Camping Resort" - Port Percutian Menarik Di Gopeng Ada 38 Pilihan Penginapan!

19 Sep 2023 • 5:41 PM MYT
Rileklah
Rileklah

Lifestyle & travel news. Malaysian-style travel, tips, food, hotel and more!

Bagi anda yang menginginkan sebuah percutian di tengah-tengah alam semulajadi tetapi masih mempunyai banyak pilihan penginapan yang boleh dicuba bersama keluarga, Gopeng adalah cadangan lokasi sempurna untuk itu!

Atau lebih tepat anda boleh bercuti di "Rock Garden & Himalaya Camping Resort" -- sebuah resort eko-pelancongan di Gopeng, hanya 40 minit dari Ipoh, Perak.

Di sini anda bakal merasai pengalaman bermalam dikelilingi pepohon hijau dan bunyi-bunyian alam yang boleh menghilangkan tekanan anda daripada kesibukan hidup di kota.

image is not available

image is not available

Malah, udara yang segar serta air sungai jernih dan cetek juga ada di Rock Garden & Himalaya Camping Resort -- menjadikan percutian anda seisi keluarga akan lebih menyeronokkan.

Jika anda nak tahu, Rock Garden & Himalaya Camping Resort ini menawarkan sehingga 38 jenis bilik penginapan pelbagai bentuk serta keluasan yang boleh dipilih mengikut kesesuaian dan keperluan anda sekeluarga.

Antaranya chalet, glamping, U drain, A Home, Epic Home serta bagi sesiapa yang ingin merasai pengalaman bermalam di dalam khemah juga ada disediakan 50 tapak camping!

image is not available

image is not available

image is not available

Lagi best, khemah-khemah di sini dilengkapi dengan plugpoint, tandas dan water heater tau! Menarik, kan!!

Selain itu, tempat ini juga turut menyediakan kemudahan lain buat keselesaan tetamunya seperti surau (muat 60 orang), 2 buah dewan makan tertutup dan terbuka serta kolam renang.

image is not available

image is not available

Sementara itu, jika bercuti di Rock Garden & Himalaya Camping Resort ini dijamin anda tidak bosan kerana terdapat pelbagai aktiviti menarik yang boleh anda cuba seperti :

  • White Water Rafting
  • Trekking Bukit Batu Putih
  • ATV
  • MTB (basikal sendiri)
  • Mandi sungai yang jernih dan sesuai untuk anak-anak dan dewasa
  • 3 kolam renang untuk kanak-kanak dan dewasa
  • Suasana bukit, sungai dan tepian kampung
  • BBQ pit
  • Campfire

image is not available


image is not available

Jika berminat untuk camping anda boleh membuat tempahan di Himalaya Camp www.himalayacamp.com dan www.rockgardencampingresort.com untuk kawasan Rock Garden.

image is not available

image is not available