
Beberapa bulan sebelum Grand Theft Auto VI (GTA 6) dilancarkan, Rockstar Games sekali lagi menkadi mangsa serangan penggodam pada penghujung minggu lalu. Rockstar mengesahkan berlaku pencerobohan data melalui pihak ketiga, bukan sistem dalaman mereka sendiri. Kumpulan penggodam ShinyHunters mendakwa bertanggungjawab dan menuntut wang tebusan, dengan ancaman membocorkan data pada 14 April.

Rockstar menyatakan hanya“jumlah terhad maklumat syarikat terjejas oleh serangan ini dengan mereka menegaskan ia tidak mendatangkan kesan kepada pemain dan operasi mereka. Penggodam dipercayai menggunakan token pengesahan yang dicuri melalui alat analitik pihak ketiga yang bersambung ke infrastruktur awan Rockstar. Ini bukanlah serangan terus ke atas pelayan utama Rockstar.
Walaupun data pemain selamat, laporan menyebut kemungkinan ia melibatkan maklumat kewangan dalaman, pelan pemasaran dan kontrak kerjasama. Paling penting bagi golongan gamer, serangan ini tidak akan menyebabkan pelancaran GTA 6 terjejas setelah beberapa kali ditangguhkan.


