Rodrigo Duterte tiba di The Hague untuk perbicaraan

13 Mar 2025 • 8:40 AM MYT
Media Selangor
Media Selangor

Berita dan isu semasa, inklusif untuk semua.

ISTANBUL, 13 MAC: Bekas Presiden Filipina, Rodrigo Duterte tiba di The Hague, Netherlands semalam bagi menghadiri perbicaraan di Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) berhubung dakwaan jenayah terhadap kemanusiaan dalam “perang dadah” yang dilancarkannya, lapor Anadolu Ajansi (AA) yang memetik media Filipina.

Duterte diterbangkan ke The Hague dengan penerbangan carter kelmarin selepas ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Manila sebaik tiba dari Hong Kong.

Pesawat itu singgah di Dubai sebelum meneruskan perjalanan ke The Hague.

Anak perempuannya yang juga Naib Presiden Filipina, Sara Duterte turut berlepas ke The Hague semalam bagi membantu mengatur pasukan guaman untuk bapanya.

– BERNAMA-ANADOLU

Newswav Malaysia Best News App

Newswav is an online content aggregator and obtains its content from different online sources. The content in the app do not belong to Newswav nor do they reflect the opinions of Newswav and its staff. Your use of this app indicates your understanding and acceptance of this information.

Newswav Sdn. Bhd. (201701008480 (1222645-M)) 2026 All Rights Reserved